Rabu, 25 Februari 2009

BAB 7 - RAHMAT: LANGKAH TIDAK PERNAH KE BELAKANG

DIKAJI OLEH : Emillia Razali (U6-1)

Sinopsis

Pada hari itu, Rahmat dan Hisyam bercadang hendak pergi ke Segamat untuk berurusan dengan pegawai daerah. Lewat petang barulah mereka pulang dari Segamat dan berhenti di warung Pak Ngah Lasim. Pak Ngah Lasim bertanyakan mengenai peristiwa Jalil yang mencerobohi Munirah dan dia juga berasa kecewa dengan kelakuan Jalil yang selalu berjumpa dengan Lijah. Pada malam itu, Rahmat, Hisyam dan Munirah berbincang sesuatu di luar kemampuan mereka. Seman yang pada awalnya dating berhasrat untuk menonton tv, turut bersama mereka.
Keesokan harinya, Seman menunggu Rahmat di bawah pokok rambutan di halaman rumah sambil mengasah parangnya. Kemudian, Rahmat turun membawa gergaji enjin lantas segera diajarnya kepada Seman cara menghidupkan gergaji enjin itu. Hisyam dan Munirah pergi ke sekolah manakala Rahmat dan Seman hendak memotong beberapa kayu di tebing sungai kecil untuk membina jambatan. Setelah mereka berdua dan beberapa kumpulan sampai di perkarangan masjid, mereka pun memulakan perjalanan. Husin memberitahu kepada Rahmat mengenai rancangan mereka yang hendak membina jalan dan jambatan di sungai Sawa itu ada orang tidak mempersetujuinya kerana tempat itu tempat orang bunian. Long Nemat yang terkena mimpi bahawa orang bunian itu marah. Setelah mereka tiba di sungai Sawa, enjin gergaji tidak berfungsi. Setelah ke empat kali mencuba barulah enjin gergaji itu berfungsi. Beberapa batang pokok besar telah siap di tebang dan dijadikan jambatan.
Sebelum mereka pulang, mereka berehat dahulu. Tidak semena-mena punggur jatuh menimpa Pak Usu Ujang yang sedang menggulung rokok nipahnya. Rahmat mengarahkan Seman untuk memanggil ayahnya, Pak Utih Rahman. Pak Usu Ujang di bawa balik ke rumah Rahmat. Alang Dolah di suruh untuk dating ke rumah Rahmat. Setelah ia tiba, Alang Dolah tidak membuang masa lagi, dia terus memulakan upacara dengan menjampi minyak kelapa dalam mangkuk putih. Alang Dolah membahagikan reba punggur itu kepada dua bahagian, satu dibakarnya manakala yang satu lagi di rendam dalam mangkuk putih yang lebih besar. Setelah semuanya dilakukan, Alang Dolah kembali mengurut dari dahi hingga ke dagu Pak Usu Ujang. Akhirnya kelopak mata dan mulut yang ternganga itu dapat dirapatkan. Alang Dolah menerangkan bahawa perkara seperti ini adalah perkara biasa kerana Pak Usu Ujang memang begitu mungkin disebabkan terkejut.

Peristiwa Penting
ü Rahmat dan Hisyam pergi ke Segamat untuk berurusan dengan pegawai daerah.
ü Pak Ngah Lasim merasa kecewa dengan sikap Jalil
ü Rahmat, Hisyam dan Munirah berbincang sesuatu yang di luar kemampuan mereka
ü Rahmat beserta orang kampong membina jalan dan jambatan di sungai Sawa.
ü Long Nemat bermimpikan mengenai orang bunian marah disebabkan pembinaan jalan itu.
ü Pak Usu Ujang di timpa kemalangan iaitu punggur jatuh menimpa dirinya.
ü Alang Dolah mengubati Pak Usu Ujang dengan menggunakan cara tradisional.

Watak
· Rahmat(aku)
· Hisyam
· Munirah
· Seman
· Jalil
· Mail
· Pak Ngah Lasim
· Lijah
· Husin
· Long Nemat
· Alang Dolah
· Pak Usu Ujang
· Latif
· Pak Utih Rahman
· Dolah
· Leman
· Mijah
· Wan Siah
· Kasim
· Mamat Liat

Perwatakan
Ø Rahmat- merupakan anak kepada Pak Utih Rahman. Seorang yang bercita-cita tinggi. Contohnya, dia membuat pembaharuan di Kampung Batu Ragi. Rahmat juga seorang yang berpendirian teguh dan berani walaupun mendapat tentangan dari orang ramai.
Ø Seman- seorang yang mudah di ajar dan suka membantu Rahmat. Contohnya, dialah yang menolong Rahmat dalam membuat jalan dan jambatan di sungai Sawa. Dan juga dia mempelajari daripada Rahmat bagaimana menggunakan enjin gergaji.
Ø Alang Dolah- merupakan seorang dukun di Kampung Batu Ragi. Dia mengubati Pak Usu Ujang yang ditimpa punggur.
Ø Pak Ngah Lasim- mempunyai seorang anak perempuan bernama Lijah dan sebuah warung.
Ø Long Nemat- merupakan salah seorang pawang di Kampung Batu Ragi. Terkena mimpi bahawa orang bunian marah disebabkan pembinaan jambatan di sungai Sawa.


Latar Tempat
§ Warung Pak Ngah Lasim
§ Segamat
§ Rumah Rahmat
§ Sungai Sawa
§ Perkarangan masjid
§ Dibawah pokok rambutan di halaman rumah Rahmat
§ Palang serambi

Latar masa
Ø Lewat petang
Ø Hamper senja
Ø Malam
Ø Pagi
Ø Tengah hari

Unsur-unsur
v Unsur kemasyarakatan – Seman, Dolah, Husin, Mamat Liat, dan Pak Usu Ujang membantu Rahmat membuat jalan dan membina jambatan di sungai Sawa. Apabila Pak Usu Ujang di usung ke rumah Rahmat dua orang pemuda membantu Rahmat dan Dolah, tanpa di suruh, mengusung Pak Usu Ujang.

v Unsur perubatan – masih mengamalkan perubatan tradisional. Contohnya, Alang Dolah mengubati Pak Usu Ujang dengan menggunakan perubatan tradisional.


v Unsur pendidikan – Rahmat mengajari Seman cara menghidupkan dan menggunakan enjin gergaji. Orang-orang kampung tahu menggunakan enjin gergaji tersebut.
Persoalan
- Lijah mengandung 2 bulan atas perbuatan Jalil tetapi Jalil tidak mengakuinya.
- Pembaharuan yang diperkenalkan Rahmat – enjin gergaji dan pembinaan jambatan. Jambatan di bina untuk menghubungkan penduduk Kampung Batu Ragi dan Segamat.

BAB 6 : HISYAM – GODAAN MEMPAMERKAN TARING

DIKAJI OLEH: HJ. MOHD. SAFWAN HJ RAMLI (U6-3)

A) SINOPSIS

Hisyam teringat aan peristiwa ketika ia menjadi pengakap di mana salah seorang daripada kawannya mendapat luka yang sama dengan Hisyam. Ini membutanya takut kerana jika dibandingankan dengan rawatan yang diterima kawannya jauh berbeza (moden) manakala dia pula mendapat rawatan kampung (tradisional). Hisyam mendapati bahawa murid-muridnya menunjukkan tanda positif. Semasa Hisyam dan Munirah pergi ke sekolah satu insiden telah berlaku, isitu ada meletakkan najis dan sampah dikelas. Ini membuatkan pengajaran mereka tergendala. Malahan ia menimbulkan persoalan siapa yang bertanggungjawab atas semua ini.

Rahmat datang ke sekolah untuk membawa Munirah pulang ke rumah. Apabila tiba di rumah ada pertengakaran berlaku antara Munirah, Rahmat, Jalil, Saarah ada Ayah Rahmat. Jalil memenuduh munirah ingin membuat sesuatu yang keji tetapi Munirah menafikannya apabila Ayat Rahmat mendengaran penjelasannya, semuanya mengerti tetapi tidak bagi Saarah dan Jalil. Ini membuat Munirah menangis, keadaan menjadi renggang, suasana rumah suram.

Pembinaan jalan menampakkan hasil. Penduduk semakin percaya kepada Rahmat dan kawan-kawannya. Semasa Rahmat dan Hisyam pulang dari bekerja, Rahmat mempelawa Hisyam singgah di sekolah, ini mendatangkan perasaan janggal pada Hisyam. Salwa, Hamilah dan Masita ada di sana.

Pada malam itu, sperti biasa mereka menonton tv kecuali Rahmat yang sibuk di biliknya. Hisyam terpandang Masita yang sedang merenungnya, mereka tersenyum sama sendiri. Selepas itu, Rahmat memanggil Hisyam ke biliknya kerana ingin membawanya ke Bandar. Pada malam itu, Hisyam tidak tidur kerana teringgatkan Masita.

B) PERISTIWA PENTING

1. Ada bantahan terhadap usaha Rahmat (ada najis meanusia di meja dan bangku sekolah, sampah berselerak).
2. Jalil munuduh Munirah ingin membuat sesuatu yang keji dengannya.
3. Rahmat amat berang dengan tuduhan Jalil terhadap isterinya.
4. Hisyam dan Masita senyum sama sendiri (senyum-senyum malu).
5. Kejayaan merentas hutan untuk mencapai cita-cita Rahmat yang ingin menghubungkan Kampong Batu Ragi dengan dunia luar telah mend=gembalikan keceriaan keluarga Rahmat.
6. Hisyam teringat dengan Masita ketika dia hendak tidur.

C) WATAK DAN PERWATAKAN

1. Rahmat
Seorang yang bercita-cita tinggi untuk membangunkan kampung halamannya (Kampong Batu Ragi). Dia sanggup meninggalkan kehidupan kota dan berjuang untuk kampungnya yang mundur.

2. Munirah
Dia adalah isteri Rahmat, oleh itu dia turut ke Kampong Batu Ragi bersama Rahmat kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Jalil hampir mencabuli kehormatannya, ini telah menimbulkan masalah dalam rumahtangga Rahmat. Dia seoarnag yang tabah dalam mengahadapi ujian dan taat pada agama walaupun dia baru sahaja memeluk agama Islam. Rahmat turut bersetuju.

3. Hisyam
Dia adalah sahabat karib Rahmat dan Munirah. Hisyam mempy=unyai perasaan sayang kepada Munirah tetapi dia tidak menunjukannya. Dia juga ada perasaan kepada Masita, sepertinya Masita telah menawan hati Hisyam tapi malangnya Masita sudah bertunang.

4. Jalil
Seorang yang penipu kerana dia telah menipu keluarganya, dia memberitahu emaknya perkara negatif tentang Munirah . Ini telah mengecohkan kelurga Rahmat.

5. Masita
6. Hamilah
7. Ayat Rahmat
8. Salwa
9. Saarah.

D) LATAR TEMPAT
1. Kampong Batu ragi
2. Sekolah
3. Bilik Munirah dan Rahmat
4. Bandar
5. Sungai Gatal.

E) LATAR MASA
- Malam

F) UNSUR PENTING
1. Pendidikan
Munirah mengajar orang-orang kampung tentang zat-zat makanan dan kegunaanya pada bulan kita.

2. Kemunduran
Penduduk Kampong Batu Ragi masih mengunkan kaedah pawang semas ahendah membina jalan.

Sabtu, 21 Februari 2009

BAB 5 - MUNIRAH: CABARAN PERTAMA

DIKAJI OLEH MUHAMMAD SHAFIQ HJ HASNAN (U6-6)

MUNIRAH: CABARAN PERTAMA


1) SINOPSIS
Mereka menggunakan lori kecil untuk membawa barang-barang berlian yang berhenti betul-betul di pangkal tebing. Rahmat, Hisyam Jalil dan dua orang temannya mengangkut barang-barang berlian dari lori kecil itu ke pangkalan. Rahmat, Munirah dan Hisyam meninggalkan kampong selama empat hari dan pergi ke Pejabat Pelajaran Segamat kerana ingin membereskan urusan-urusan berkenanan pembukaan sekolah di Kampong Batu Ragi.
Sekembali daru Segamat, Rahmat dan Hisyam terus memasang peti tv, aerial dan generator yang bertujuan untuk penduduk kampung menerima kemudahan-kemudahan seperti yang ada di bandar.
Rahmat memapah Hisyam pulang yang luka sebesar empat jari pada kaki kanannya akibat daripada parang terlepas terkena betisnya pada ketika Hisyam mencatas batang senduduk di kawasan yang ingin dibangunkan sekolah.
Selama lebih tiga hari, bangunan sekolah akhirnya siap dibina yang menyerupai kandang lembu cuma kulit kayu kepung yang dijadikan dinding kelihatan kemas dan unik. Bangunan yang dijadikan bilik darjah juga digunakan sebagai bilik mesyuarat, balai raya dan kegunaan-kegunaan umum yang lain.
Pada Hari Ahad bermulanya persekolahan bagi kanak-kanak penduduk Kampong Batu Ragi untuk pendaftaran yang seramai 23 orang telah didaftarkan. Manakala, pengajarannya bermula pada Hari Isnin. Hisyam mengajarkan darjah dua dimana muridnya adalah adalam lingkungan 10 tahun sehingga 12 tahun.
Apabila Munirah berdepan dengan murid-murid barunya dalam darjah satu dimana muridnya dalam lingkungan usia 7 tahun sehingga 9 tahun. Beliau juga kurang berpengalaman dalam hal-hal bersangkutan dengan murid-muridnya yang kecil seperti menangis dan berak.



2) PERISTIWA PENTING
a) Mereka pergi membereskan urusan-urusan pembukaan sekolah di Pejabat Peljaran Segamat.
b) Menyediakan kemudahan seperti peti television. Yang menghidangkan rancangan-rancangan menarik untuk ditonton oleh penduduk kampong.
c) Hisyam luka dikaki kananya ketika mencantas batang senduduk.
d) Walaupun bangunan sekolah seperti kandang lembu tapi kelihatan kemas dan unik.
e) Munirah cetak pengalaman dalam pengurusan murid-murid yang masih kecil.

3) WATAK DAN PERWATAKAN
a) Rahmat
Rahmat ialah anak kepada Tok Naib. Beliau merupakan suami kepada Munirah dan pelajar terpilih ketika sedang menuntut di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Seorang yang kacak dan menjadi idaman para gadis. Rahmat mempunyai ibu tiri, Salwa yang berusia 35 tahun ketika itu Rahmat berusia 16 tahun semasa perkahwinan Salwa dengan ayahnya. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik iaitu Jalil, Faridah, Fatimah, Marsita dan Hamilah. Rahmat bekerja selama 5 tahun selepas daei Universiti.
Apabila Rahmat balik Kampong Batu Ragi, ia mendirikan sebuah sekolah bersama Hisyam, Seman dan sebilangan penduduk kampong sahaja selama lebih kurang 3 hari. Rahmat juga memperkenalkan peti television kepada penduduk-penduduk kampong seperti mana kehiduan dibandar. Rahmat juga memapah kaki kanan Hisyam kerana mencatas batang senduduk.
b) Hisyam
Hisyam merupakan kawan kepada Rahmat sejak di bangku sekolah. Beliau juga seorang pelukis dan berjiwa sentimental. Mereka berdua menuntut di maktab yang sama.
Apabila Hisyam balik ke Kampong Batu Ragi, Beliau bersama-sama Rahmat mendirikan sekolah lebih kurang 3 hari dan menjadi guru darjah dua. Dalam bab ini, Kaki kanannya luka ketika beliau mencatas batang seduduk.
c) Munirah
Munirah atau nama asalnya Monique Magdalena Johnson D’cruz. Isteri kepada Rahmat. Beliau adalah seorang yang manis dan cantik. Kulitnya putih kuning, kemerah-merahan dan kebujuran mukanya seimbang dengan tinggi lampai tubunhya dan merupakan anak yang bonggsu daripada emapay adik-beradik.
Munirah juga guru darjah satu di Sekolah Kampong Batu Ragi yang kurang pengalaman dan mengalikan hal-hal menangis dan berak.
d) Marsita
Marsita ialah adik kepada Rahmat dan Fatimah dan bermunr 19 tahun dan sudah bertunang dengan seorang pemuda bernama Azlan dari Kampong Kuala Paya.
e) Hamilah
Beliau berusia 16 tahun. Suka berjenaka dan kelucuannya menambahkan seri wajahnya dan seorang yang cantik
f) Milah
Nama sebenarnya Jamilah bte Deraman (mungkin juga Abd. Rahman). Milah adalah salah seorang murid-murid dibawah jagaan Munirah.
4) LATAR
I. MASA:

a) Rembang Pagi (tengah hari)
b) Pagi
c) Petang
d) Malam

II. TEMPAT

a) Kampong Batu Ragi
b) Pangkalan
c) Pejabat Pelajaran Segamat
d) Segamat
e) Sekolah



5) PERSOLANAN
Persoalan yang ditimbulkan oleh pengarang adalah kemiskinan penduduk-penduduk Kampong Batu Ragi iaitu membina sekolah yang menyerupai dengan ladang lembu. Bangunan sekolah itu dibina dengan kulit kayu kepung yang dijadikan dinding.
6) UNSUR
a) Pengorbanan
Pengorbanan Rahmat, Hisyam dan Munirah untuk Kampong Batu Ragi dimana mereka meninggalkan kempung tersebut selama 4 hari bagi mengurus sekolah yang dibina di kampong tersebut.
b) Kemiskian
Bangunan sekolah dibina yang menyerupai kandang lembu cuma kulit kayu kepung yang dijadikan dinding kelihatan kemas dan unik. Bangunan yang dijadikan bilik darjah juga digunakan sebagai bilik mesyuarat, balai raya dan kegunaan-kegunaan umum yang lain.

Khamis, 5 Februari 2009

BAB 4 - HISYAM : KAMI RANCANGKAN PEDALAMAN INI

DIKAJI OLEH: ANNIE SUZANA SAMSUDIN (U6-1)

SINOPSIS

Menceritakan tentang perasaan Hisyam tentang Kampong Batu Ragi sambil mengingat tanggungjawab yang telah di tentukan oleh Rahmat sebelum memasuki kampung. Hisyam sempat juga menganalisa sebuah masjid. Selepas ucapan utih Rahman, pemilihan bagi jawatankuasa dimulakan. Keputusan nekad untuk membuat sekolah dipersetujui. Rahmat juga membuat rancangan lain untuk kampungnya. Keesokkan harinya acara mencari kayu-kayan dimulakan. Apabila selesai, diikuti dengan makan tengah hari yang penuh dengan perbualan di antara Pak Ngah Baki dengan Hisyam. Menjelang pagi, tiga sahabat pergi kebandar . Perjalanan mereka diikuti dengan kisah hidup Husin (sahabat Rahmat). Hisyam juga memikirkan tiga orang wanita yang disukainya.

PERISTIWA PENTING

1. Pemilihan 10 orang jawatankuasa termasuk Hisyam dan Rahmat.

2. Pembahagian tugas bagi Rahmat iaitu sebagai pentadir, wakil dan juruhasrat. Hisyam sebagai guru, pemimpin belia dan pegawai kebajikan dan Munirah sebagai pegawai perubatan/kesihatan, guru, petunjuk masakan dan jahitan.

3. Pembinaan sekolah secara bergotong-royong.

4. Rancangan pengubahsuaian lorong menjadi jalan besar dan pembinaan dua jambatan (disungai Gatal dan Sawa).

WATAK

1. Hisyam

2. Rahmat

3. Munirah

4. Abang Katan

5. Pak Utih Rahman

6. Salwa

7. Pak Ngah Baki

8. Orang Kampung (semasa bergotong-royong).

PERWATAKAN

Ø Pak Ngah Bakti

Saudara Jauh dari Ibu tiri Rahmat mempunyai seorang isteri dan anak perempuan iaitu Salwa. Pak Ngah Baki adalah salah seorang penduduk Kampong Batu Ragi yang kaya.

UNSUR

1. Kemasyarakatan

Sewaktu mengambil kayu untuk pembinaa sekolah gotong-royong.

2. Keazaman

Rahmat mahukan rancangannya berjaya, termasuklah cita-cita hendak menjadikan lorong yang tidak berapa jauh dari Masjid menjadi lorong besar

3. Sejarah

Semasa darurat, berpindah ke kampung penempatan baru dispang Loi.

LATAR MASA

1. Menjelang Pagi

2. Tengah Hari

3. Lewat Dini Hari.

LATAR TEMPAT

1. Diperkarangan masjid (perkumpulan hari pertama untuk mengambil kayu secara bergotong-royong).

2. Diperkarangan masjid (makan tengah hari setelah selesai bergotong-royong).

3. Dari sebatang lorong kecil sebelah hilir (perkenalan antara Hisyam dan Salwa).

BAB 3 - RAHMAT: BAGAIMANA AKAN KURESAPI SUASANA INI

DIKAJI OLEH: AMAL NADHIRAH RUSLI (U6-1)

SINOPSIS

Pada Waktu pagi, Munirah sibuk mengemaskan barang-barang yang dibawa manakala Rahmat dan Hisyam pergi berjalan-jalan di kawasan dusun kecil di keliling rumah. Seketika mereka pulang, mereka terdengar bunyi gesekkan biola yang dimainkan oleh Munirah beserta dengan nyanyian halus oleh Hamilah. Mereka tidak mengganu selain berdiri dan memerhati. Selepas itu, terjadinya persengkataan antara Rahmat dan Munirah. Ratmat mahu Munirah dan adik-adiknya menjahui diri dengan muzik. Dia tidak ingin Munirah leka sehingga lupa untuk menunaikan tugas-tugas agama. Selepas makan tengah hari dan Sembahyang Zohor. Rahmat, Munirah dan Hisyam bersiar di persiktaran kampong batu Ragi. Dalam perjalanan itu, mereka bertemu dengan Pak Mat. Nama sebenarnya ialah Muhamat. Dia terasa hampa kerana tidak mendengar tentang perkahwinan Rahmnat dan Munirah. Begithulah orang kampung.

PERISTIWA PENTING

1. Timbulnya konflik di antara Rahmat dan Munirah.
2. Rahmat tidak mahu Munirah lalai daripada menjalankan tugas-tugas agama
3. Rahmat tidaj mahu adik-adiknya terlibat dalam bidang muzik.

WATAK

- Rahmat
- HIsyam
- Munirah
- Hamilah
- Masita
- Pak Mat
PERWATAKAN
- RAHMAT
Suami kepada Munirah. Merupakan seorang ahli politik yang baru balik dari Bandar. Tujuannya balik ke Kampong Batu Ragi adalah ingin membangunkan dan memajukan kampungnya. Mempunyai sifat pemudulian terhadap masa depan isterinya, Munirah dan adik-adiknya yang mana dia tidak mahu mereka terlibat dengan bidang muzik . Ini sebabkan dia tidak mahu kewajipan sebagai seorang Islam dikesampingkan hanya untuk bernyanyi.
- HISYAM
Merupakan kawan baik Rahmat dan Munirah. Kesetiaan dalam perhubungan, terbukti dia sanggup meninggalkan kemewahan di kota dan pengikut Rahmat ke kampong batu Ragi untuk menolong menjalankan pembangunan kampung tersebut.
- MUNIRAH
Isteriu kepada Rahmat. Seorang yang sabar, setia dan baik hati. Mempunyai cirri-ciri bertanggungjawab terhadap suami. Dia juga ikut serta dalam membantu suaminya, rahmat dalam pembangunan Kampong Batu Ragi.
- MASITA DAN HAMILAH
Adik kepada Rahmat. Masita seorang yang pemalu dan baik hati manakala Hamilah pula mempunyai bakat iaitu pendai menyanyi dan memasak.
- PAK MAT
Nama sebenarnya ialahg Muhamat. Dia juga dikenali sebagai Mat Ikan Keli yang digelar oleh penduduk kampong. Ini disebabkan dia suka melukah ikan keli.
LATAR TEMPAT
- Di kawasan belakang rumah.
- Dusun Kecil
- Persekitaran Kampong Batu Ragi.
LATAR MASA
- Waktu pagi
- Waktu Petang
UNSUR
- Bertolak Ansur
Rahmat tidak melarang MUnirah untuk meneruskan bermain muzik, bahkan dia rela dan akan bergembira.
- Rahmat merasa kagum dengan penduduk Kampong Batu Ragi saling hormat menghormati dan tolong-menolong di antara satu sama lain.

BAB 2: MUNIRAH – PENGALAMAN BARU

(A) SIPNOSIS

Munirah merasa gementar apabila ia menaiki perahu untuk menuju ke kampung Batu Ragi. Dalam perjalanan untuk menuju ke kampung Batu Ragi, mereka tersempak dengan Long Atan yang sedang menangkap ikan. Rahmat membeli dua ekor ikan baung yang sebesar lengannya dari Long Atan. Manakala, Seman dan Manaf mengalami kesukaran untuk mengayuh perahu mereka kerana airnya cetek dan mereka semua terpaksa turun untuk menolak perahu termasuk Munirah sendiri. Sebaik sahaja mereka tiba di sebuah pangkalan, mereka disambut dengan keriangan kanak-kanak. Lalu, keluarga Rahmat dan orang-orang kampung pun tiba setelah menyedari kedatangan mereka itu.

Rahmat juga memperkenalkan Munirah dan Hisyam kepada keluarganya. Kedatangan Munirah disambut dengan mesra oleh adik Rahmat iaitu Hamilah. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah, Munirah diperkenalkan dengan beberapa orang adik Rahmat iaitu Masita dan Fatimah. Sejurus itu, mereka duduk bersimpuh ditengah-tengah rumah manakala Munirah pula duduk menghadap Fatimah dan juga Hamilah untuk berbual-bual. Sementara itu emak Rahmat dengan Masita pula berada di dalam dapur. Selepas sahaja sembahyang Maghrib, Munirah membantu memasak di dapur. Kemudian datanglah Fatimah dengan anaknya yang belum sampai umurnya setahun yang diberi nama Muhammad Nasir. Sebelum menikmati makan malam, Hisyam, Rahmat dan juga Abang Katan iaitu suami Fatimah duduk berbual di ajung rumah manakala ayah Rahmat pula mengambil air sembahyang di perigi. Menjelang hampir tengah malam, barulah Munirah tidur setelah berborak lama dengan Hamilah.

Janji yang dibisikkan oleh Rahmat pada petang itu tidak ditunaikannya malah Munirah tidak menganggu tidur Rahmat kerana Munirah tahu suaminya pasti penat. Keesokkan harinya seperti biasa, Munirah bangun awal untuk membantu memasak di dapur.

(B)PERISTIWA PENTING

- Lebih kurang dua puluh tahun Rahmat menghabiskan masanya di Bandar.

- Rahmat meninggalkan kampung Batu Ragi sejak berusia dua belas tahun untuk belajar di Kuala Kangsar dan kemudiannya bekerja selama lima tahun.

- Mereka menaiki perahu untuk menuju ke kampung Batu Ragi kerana tiada kemudahan pengangkutan.

- Munirah dan Hisyam diperkenalkan oleh Rahmat kepada keluarganya di Kampun Batu Ragi.

- Kehadiran Munirah diterima dengan baik oleh keluarga Rahmat, suaminya terutamanya kedua orang tua Rahmat.

- Munirah berkenalan dengan adik Rahmat iaitu Fatimah dan Masita.

(C) WATAK

- Munirah

- Rahmat

- Hisyam

- Seman

- Manaf (watak sampingan)

- Lijah (anak Pak Ngah Lasim)

- Pak Utih Latih (ayah Seman)

- Jalil

- Long Atan

- Hamilah

- Fatimah

- Masita

- Usu Tengah

- Abang Katan (suami Fatimah)

- Usu Saat

- Pak Dagang

(D) PERWATAKAN

- Munirah

Munirah ialah isteri kepada Rahmat yang telah berkahwin selama 5 tahun tetapi belum lagi dikurniakan cahaya mata. Pada asalnya, Munirah bukanlah beragama Islam tetapi beragama Katholik dan nama sebelum Islamnya ialah Monique Magdelena Johnson D’cruz. Ayah Munirah ialah Dr.Anthony Johnson D’cruz yang merupakan seorang doctor persendirian di Ipoh manakala ibunya ialah Marie Koh D’cruz yang berketurunan Baba. Munirah memeluk agama Islam dua tahun selepas kematian Mother Teresa iaitu ibu keduanya di Gereja. Munirah mempunyai adik-beradik seramai 4 orang dan kesemuanya lelaki. Munirah mempunyai kemahiran sebagai amateur indoor-decorator.


- Rahmat

Rahmat merupakan anak kepada Pak Utih Rahman dan mempunyai 3 orang adik perempuan iaitu Fatimah, Masita dan juga Hamilah. Rahmat juga mempunyai seorang adik lelaki tiri sebapa iaitu Jalil. Sejak rahmat berusia 12 tahun, dia telah berhijrah ke Kuala Kangsar. Rahmat merupakan seorang yang keras kepala dimana dia mencabar Hisyam tentang pembangunan yang ingin dilakukannya di kampung Batu Ragi dan dia juga memaksa Hisyam untuk ikut bersamanya dalam membangunkan kampung Batu Ragi.

- Hisyam

Hisyam merupakan sahabat karib dengan Rahmat dan Munirah sejak di bangku sekolah lagi. Hisyam lahir dari sebuah keluarga yang senang dan segala perbelanjaan untuk belajar di universiti ditangung oleh keluarganya sendiri. Hisyam juga mencintai Munirah iaitu isteri sahabatnya sendiri. Walaubagaimanapun, Hisyam tetap menghormati Munirah sebagai isteri Rahmat.

- Hamilah

Adik kepada Rahmat yang bungsu sekali. Umur Hamilah sudah menjangkau enam belas tahun. Dia seorang yang periang dan becok mulutnya sejak kedatangan kakak iparnya ke kampung. Sifatnya yang sedikit lucu itu sering menimbulkan ketawa. Hamilah juga sering bangun lewat pada waktu pagi berbanding dengan kakak iparnya dan Masita yang bangun lebih awal darinya.

- Fatimah

Fatimah merupakan anak kedua daripada ibu bapa Rahmat yang sudah berkahwin dengan Abang Katan dan mempunyai 3 orang anak. Anak Fatimah yang tua sudah berumur lebih kurang empat tahun dan anaknya yang bungsu belum sampai setahun umurnya.

- Masita

Masita merupakan adik perempuan Rahmat yang kedua. Masita sudah berumur lebih kurang sembilan belas tahun dan juga telah pun bertunang dengan Azlan yang sedang belajar agama di Melaka. Pertunangan Masita dengan Azlan ini diaturkan oleh keluarga. Masita pada masa itu menyimpan perasaan suka terhadap Hisyam yang merupakan sahabat karib abangnya. Masita juga sangat rajin membantu ibunya di dapur. Ini dapat dibuktikan apabila abangnya pulang kampung, Masita tidak duduk berbual bersama Munirah malah dia membantu ibunya.

(E) LATAR TEMPAT

- Di dalam perahu

- Kampong Batu Ragi

- Di Dalam Dapur

- Di Ajung Rumah

- Di Dalam bilik Munirah dan Rahmat


(F) LATAR MASA
- Senja
-Hampir Tengah Malam

(G) PERSOALAN

Ada segelintir penduduk kampong Batu Ragi yang tidak menyukai kedatangan mereka. Walaupun Rahmat datang dari kampung tersebut tetapi dia dianggap sebagai orang luar kerana dia berkahwin dengan seorang wanita yang bukan berbangsa Melayu. Walaupun Munirah sudah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Rahmat, dia dianggap sebagai orang asing. Pengarang juga dapat melibatkan gambaran bahawa sesebuah masyarakat itu ingin maju, mereka hendaklah bersikap terbuka kerana tidak semua budaya luar itu berunsur negatif, disamping menggekalkan budaya lama yang menghalang kemajuan.

(G) UNSUR

- Pendidikan

Melihat keadaan penduduk di kampung Batu Ragi yang tidak berpendidikan telah membuatkan Rahmat, Hisyam dan juga Munirah untuk membangunkan sebuah sekolah untuk mendidik anak-anak yang berada di kampung tersebut. Namun begitu, penduduk kampung Batu Ragi tidak ketinggalan dengan pendidikan agama di mana Iman Jusuh dan Abang Katan iaitu suami Fatimah telah mengajar penduduk kampung mengaji.

- Kemunduran

Kemunduran yang jelas kelihatan di kampung Batu Ragi ialah dari segi pengangkutan dimana sewaktu Rahmat, Hisyam dan juga Munirah pulang ke kampung, Seman dan Manaf mengayuh perahu untuk menuju ke kampung Batu Ragi. Ini jelas menunjukkan bahawa keadaan kampung Batu Ragi tidak maju dengan ketiadaan jalan raya ataupun jambatan.


(ms 17 - 30)