Rabu, 21 Januari 2009

BAB 1 - HISYAM: PERJALANAN

DIKAJI OLEH:

ROZIELINA BINTI ZINI (U6 -3)

SIPNOSIS

Hisyam, Rahmat dan Munirah adalah tiga sahabat yang bertujuan untuk datang ke sebuah kampong (kampong Rahmat) yang bernama Kampung Batu Ragi yang sangat mundur dengan menaiki kereta api. Rahmat dan Munirah merupakan sepasang suami istri. Tujuan mereka datang kesana adalah untuk memajukan kampung tersebut.

Pada waktu didalam perjalanan Hisyam sempat mengenangkan kisah Dua tahun yang lalu iaitu sebelum Munirah memeluk agama Islam dan hisyam jua terkenangkan bagaimana sepasang suami isteri ( Rahmat dan Munirah ) itu bertemu.

Keadaan sangat sibuk apabila mereka telah tiba di Gemas. Sejurus sahaja sampai mereka pun menaiki teksi dan menuju ke Batu Enam yang merupakan sebuah pekan kecil yang sangat jauh sehinggakn mereka harus melewati beberapa ladang kelapa sawit yang tidak tau dimana penghujungnya. Walawbagaimana pun tempat yang begitu jauh itu terdapat ramai orang yang tinggal di kawasan tersebut.

Setelah sepuluh batu perjalanan mereka, mereka pun sampai ke pondok kecil kepunyaan seorang tua yang bernama Pak Ngah Lasim, ayah saudara jauh sebelah emak Rahmat.setelah tiba di sana mereka pun besalam-salaman lalu mereka dibawa untuk menaiki perahu untuk menuju ke kampung Rahmat.

ISI ISI PENTING

· Hisyam, Rahmat dan Munirah menaiki kereta api dari Kuala Lumpur menuju ke Gerbak bertujuan untuk pulang ke kampong Rahmat yang sudah kira-kira lima tahun dia tidak mengunjunginya dan mereka juga bertujuan untuk memajukan kampong yang mundur itu.

· Hisyam mengenangkan peristiwa pertemuan Rahmat dan Munirah dan dia juga mengeimas kembali tentang Munirah dua tahun yang lalu sebelum memeluk agama islam.

· Didalam tubuh Munirah mengalir darah Peringgi – India – China – Malaysia .

· Mereka meneruskan perjalanan mereka ke Batu enam mengunakan teksi.

· Sebelum menaiki perahu mereka singgah sebentar ke Pondok kepunyaan Pak Ngah Lasim yang merupakan ayah saudara jauh sebelah ibu Rahmat.

· Mereka menaiki perahu milik Usu Saat,dengan bantuan Seman mereka munuju kerumah Rhamat.

WATAK DAN PERWATAKAN

1) RAHMAT- Adalah seorang anak kepada Tok Naib dari kampong pendalaman. Dia seorang yang kacak dan ungul yang menjadi rebutan kebanyakan wanita. Rahmat juga seorang yang gigih beusaha dengan sikap tegasnya, selalu membawa keretakan yang sering menimbulkan jurang yang amat mengecewakan. Beliau juga merupakan seorang pengakap yang mewakili kumpulan Kuala Kangsar dan melalui persatuan pengakap itu lah dia mengenali Munirah iaitu istrinya.

2) MUNIRAH – istri kepada Rahmat. Dia adalh seorang wanita yang cantik dan manis hingga jadi rebutran kepada Rahmat dan Hisyam. Kulitnya putih kuning kemerah-merahan mungkin kerana dia berdarah keturunan campuran Peringgi – India – China – Malaysia . kebujuran mukanya seimbang dengan tubuhnya yang tinggi lampai. Dia sebenarnya adalah penganut agama kristian sebelum dia menukar agamanya kepada agama islam. Nama asalnya adalah Monique Magdelena Johnson D` cruz. Bapanya seorang doctor persendirian yang masih beramal di Ipoh. Munirah adalah anak bungsu dari empat adik beradik dan kesemuanya adalah lelaki.

3) HISYAM – beliau adalah anak kepada orang yang berada dan kerana itu dia tidak begitu biasa dengan keadaan yang kotor. Hisyam seorang perokok tetapi tidak begitu ketagih seperti Rahmat. Beliau seorang yang bertimbangan rendah terhadap Pak Ngah Lasim yang berpenampilan selekeh.

4) PAK NGAH LASIM – Adalah bapa saudara jauh sebelah emak Rahmat. Seorang lelaki yang separuh umur dan selekeh. Beliau menjalankan perniagaan pondok kedai minum giginya pula diibaratkan umpama tiang pagar lapuk.

5) SEMAN – Ialah rakan sekampung dengan Rahmat. Dia adalah anak kepada Utih Latih. Dialah yang membantu Rahmat, Munirah dan Hisyam untuk sampai kekampung mereka dengan meminjam perahu Usu Saat.

6) USU SAAT - merupakan tuan punya perahu yang digunakan Seman untuk menuju kekampung bersama-sama Rahmat, munirah dan Hisyam.

LATAR MASA DAN TEMPAT

MASA ; Pagi dan tengah hari

Tempat: Didalam Kereta api, Tampin, Gemas, Batu Enam, Pondok dan Perahu.

PERSOALAN :

Mengapakah Rahmat Balik ke Kampung?

- _ Tujuan Rahmat Balik ke kampung adalah bertujuan untuk membangun kampong Batu Ragi yang mundur dan miskin yang ditinggaklkan olehnya sejak beliau berumur 12 tahun. Selain itu Rahmat pulang semula kekampungnya adalah bertujuan untuk berjumpa dengan keluarjanya sejurus untk memperkenalkan istri nya yang jelita itu kepada keluarganya. Antara yang lain Rahmat membawa istrinya dan gisyam ke kampong untuk menyaksikan sendiri kemiskinan dan kemunduran kampong batu Ragi.

TUJUAN MUNIRAH BALIK KE KAMPUNG?

_ Tujuan Munirah pulang ke kampung adalah kerana dia mengikuti suaminya(Rahmat) dan membantu Rahmat untuk membangun dan memajukan kampung beliau serta Munirh ingin berjumpa dengan keluarga Rahmat. Di antara alasan yang lain tujuan Munirah mengikuti suaminya pulang ke kampung adalah kerana dia ingin menikmati suasana kampung dan tidak ingin berjauhan dengan Hisyam yang juga turut serta mereka untuk pulang kekampung.


TUJUAN HISYAM BALIK KE KAMPUNG?

_ Seperti Rahmat dan Munirah Hisyam balik ke kampung Batu Ragi adalah bertujuan untuk membangunkan kampung yang mundur itu, dia juga ingin mengorak hidupnya di kampong. Selain itu dia juga mempunyai alasan yang sama seperti Munirah, dia berkestujuan untuk menjejaki kampung adalah kerana ingin sentiasa bersama Munirah dan ingin menikmati suasana kampong.

UNSUR:

Persahabatan dan unsur kemasyarakatan. _ Rahmat Munirah dan Hisyam balik ke kampong Batu Ragi yang mundur dan miskin kerana terdapat tidak ada kemudahan atau infrastruktur yang sempurna. Walawbagaimana pun masyarakat kampong Batu Rangi masuh mengamalkan adat dan budaya melayu yang kukuh seperti asyarakat disana masih mengamalkan sifat mesra, tolong menolong serta bersopan santun. Di gambarkan semasa menyambut kedatangan Rahmat, Munirah dan Hisyam ke kampong Batu Ragi.

(ms 1 - 16)