KAJIAN: HAJI MOHD SAFWAN BIN HAJI RAMLI (U6-3)
A) Sinopsis
Hisyam cuba menembak menggunakan senapang Rahmat, dia terjatuh selepas menembak seekor tupai tetapi dia tidak pasti samada ia terkena sasaran atau tidak. Rahmat menyangka Hisyam hendak membunuh diri. Hisyam menginap di kediaman Seman pada malam itu. Dia terkejut apabila Seman mengatakan bahawa ada orang memfitnahnya dengan mengatakan dia hendak mengahwini Masita.
Hisyam amat gelisah apabila mengetahui Bapa Saudara Azlan datang ke rumah Pak Utih. Tetapi apabila dia datang ke rumah Pak Utih Rahman, dia mendapati semuanya berkelakuan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Setelah Hisyam hendak bertolak ke Rumah Seman Masita memangilnya. Dia nampak gembira saja. Hisyam betul-betul tidak ingin memutuskan hubungan Masita dan Azlan.
Pada malam itu Hisyam duduk-duduk diluar dan tidak habis-habis memikirkan tentang fitnahan orang itu, sehingga dia tertidur di luar. Pada pagi itu dia di kejutkan oleh Seman yang mengkhabarkan bahawa Jambatan Sungai Gatal telah dirobohkan.
Hisyam mendapat satu bukti di tempat kedai Seman yang hangus. Dia terjumpa cincin Jalil. Dia menunjukkannya kepada Seman dan ini membuatnya terkejut.
Semua orang termasuk Rahmat berang dengan apa yang terjadi pada jambatan yang mereka bina itu. Rahmat tidak suka apabila Hisyam memberitahunya bahawa orang yang melakukan kerja tersebut mungkin Jalil. Rahmat tidak membenarkan Hisyam menuduh tanpa bukti.
Hisyam memerintahkan Seman memberitahu yang dia tidak ada jika ada orang bertanyakannya. Seman mengetahui bahawa dia akan bertemu dengan Salwa. Sebenarnya Hisyam langsung tidak berkeinginan untuk mengahwini Salwa ataupun Masita, sebaliknya dia masih meninginkan Munirah walaupun itu adalah mustahil.
Hisyam amat terkejut apabila Munirah menuduhnya mencabul kehormatan Masita dan menyebabkannya mengandung. Hisyam menafikannya, dia menyatakan walaupun dia seorang kaki perempuan di kota tetapi dia tahu apa yang bercanggah dengan iman.
B) Peristiwa Penting
ü Ada fitnah yang menuduh Hisyam ingin mengahwini Masita dan akan membayar wang tebusan hantarannya.
ü Rombongan bapa saudara Azlan dating kerumah Pak Utih Rahman ingin memutus tunang kerana Azlan berkahwin dengan anak gurunya.
ü Jambatan Sungai Gatal telah dirobohkan dan ini menimbulkan kekecohan dan kemarahan penduduk terutamanya Rahmat.
ü Seman tahu hubungan Hisyam dengan Salwa(Semasa Hisyam hendak keluar bertemu dengan Salwa).
ü Rahmat berang apabila Hisyam menuduh Jalil yang merobohkan Jambatan Sungai Gatal dan juga membakar kedai Seman(berdasarkan dengan bukti yan Hisyam dapat iaitu cincin Jalil).
ü Munirah menuduh Hisyam mencabul kehormatan Masita (dia mungkin mengandung kerana dia rasa mual dan muntah-muntah).
C) Watak .
ü Munirah
ü Rahmat
ü Hisyam
ü Masita
ü Azlan
ü Salwa
ü Pak Utih Rahman
ü Pak Ngah Baki
ü Seman
ü Jalil
ü Imam JUsuh
ü Latif
ü Bapa saudara Azlan
ü Lijah
ü Manaf
ü Rauf
ü Hamilah
ü Mamat liat
ü Abang Hussien
ü Dolah
ü Alang Nemat
D) Latar tempat
ü Pinggir Hutan.
ü Kedai Seman.
ü Jambatan Sungai Gatal.
ü Kuala Paya
ü Pagar Serambi
ü Tapak kedai lama yang terbakar
ü Pangkin
ü Dapur
E) Latar Masa.
ü Lewat petang
ü Maghrib
ü Pagi semalam
ü Lewat tengah malam
ü Pukul lima
ü Dua minggu
ü Dua tiga hari
ü Pada malam sepi dan gelap
ü Sebelum kedai dibina
F) Perwatakan
ü Hisyam
Merupakan sahabat Rahmat,dia adalah seorang kaki perempuan semasa hidupnya di kota.Oleh itu Rahmat membawa dia ke Batu Ragi agar dia berubah sikap tetapi sebaliknya tidak.Dia kerap bertemu dengan Masita dan Salwa sehingga menebabkan kedua-duanya jatuh cinta kepadanya.
ü Masita
Dia adalah adik kepada Rahmat,dia mempunyai tunang yang bernama Azlan.Tetapi malangnya mereka telah putus krana Azlan berkhawin dengan anak gurunya.Masita sering bertemu dengan Hisyam.
ü Rahmat
Dia adalah sahabat Hisyam yang mempunyai cita-cita tinggi iaitu ingin memajukan desanya iaitu Batu Ragi.Nama isterinya ialah Munirah yang diminati oleh kawannya sendiri iaitu Hisyam.
G) Unsur penting
ü Pergaulan bebas-Hisyam sering bertemu dengan dua orang gadis iaitu Masita dan Salwa.mereka sering jumpa di Kebun Durian pada malammalam hari.Mereka berdakapan dan berpelukan semasa berjumpa di Kebun Durian.
ü Konflik dan pergolakan hidup-Hisyam di belenggu masalah kerana ada orang memfitnahnya bahawa dia ingin menjadikan Masita sebagai isterinya,Hisyam takut orang ramai akan mengetahui hubungan sebenarantara dia dan Masita.Dia turut takut dia adalah punca Masita dan Azlan putus tunang,ini menyebabkannya risau.
Bab 18 : Betara Majapahit Dengan Raja Melaka II
15 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan