Rabu, 1 April 2009

BAB 14 – RUSA DITEMBAK PELANDUK MENYERAH

KAJIAN OLEH: MUHAMMAD SHAFIQ HJ HASNAN (U6-6)

SINOPSIS

I. RAHMAT : ENTAH APA YANG DIBUAT HISYAM

Hisyam menyempurnakan tugas-tugasnya dengan lancer. Rahmat menjalankan perusahaan membalak dan mengahadapi masalah besar iaitu Rauf dan Jalil yang melibatkan diri dengan dadah serta pihak komunis. Mereka juga berjinak kembali untuk diam di Kampung kerana menggun musim durian yang sebelumnya di tunggul oleh ayah Rahmat dan Mak Cik Saarah.

Hampir dua minggu Rahmat menyelesaikan tugasnya di dusun durian. Hisyam sudah dua hari di kampung. Rahmat tidak tahu apa yang dibuat oleh Hsyam. Hisyam berkata dia hendak menolong Seman, Manaf dan Latif bergilir-gilir menggunakan motornya untuk mengangkut durian.

Rahmat merasa pelik dengan sikap dan sifat Hisyam berubah kerana di kota, Hisyam terkenal sebagai manusia ‘semi playboy’ tetapi di kampung Rahmat tidak terdengar penglihatan gadis-gadis kampung dengan Hisyam.

Petang itu, Rahmat mengajak Hisyam menyuluh pelanduk bersama Munirah. Munirah kelihatan tidak selesa dalam keadaan hujan renyai-renyai pada waktu itu. Rahmat berjaya menembak seekor kancil. Hujan menjadi lebat dan mereka tersesat di dalam hutan. Rahmat meninggalkan Hisyam dan Munirah lalu cuba menembak seekor rusa. Apabila Rahmat terjatiuuh ketika berlari, senapang dan lampu picitnya tercampak. Rahmat mendapati Hisyam dan Munirah sedang tidur nyenyak pada keesokkan paginya. Rahmat masih ingin memburu rusa yang ditembaknya.

II. MUNIRAH : HISYAM NI NAKALAH!

Munirah mulai berasa panic kerana sesat. Hujan semakin lebat. Rahmat tersuluh rusa dan tidak mahu melepaskan peluangnya. Rahmat menuruh Hisyam bersama Munirah menunggunya sementera Rahmat berdiri ingin mendapatkan rusa yang di tembaknya. Rahmat terpisah dari Hisyam dan Munirah. Keadaan bertambah gelap apabila lampu picit Hisyam tidak berfungsi.

Hisyam dan Munirah menanti kedatangan Rahmat dalam masa yang lama sehingga menimbulkan rasa curiga Munirah terhadap Rahmat. Munirah berhujah mengenai Iman seseorang dengan Hisyam yang sambil mencabarnya dan mengugutnya.

Hisyam dan Rahmat berteriak, bersahut-sahutan kerana mereka berada pada jarak yang jauh dan gelap sehingga Rahmat mengarahkan untuk menunggu pagi.

ISI-ISI PENTING

BAHAGIAN I

 Rahmat menjalankan perusahan membalak.
 Soal Rauf dan Jalil yang melibatkan diri dengan dadah dan pihak komunis adalah masalah besar.
 Musim durian telah tiba.
 Rahmat tidak tahu apa yang dibuat oleh Hisyam.
 Rahmat pelik dengan aspk kehidupan Hisyam yang berubah.
 Rahmat, Hisyam dan Munirah berburu dan sesat di dalam hutan.

BAHAGIAN II

 Rahmat ingin menembak seekor rusa yang besar.
 Munirah curiga terhadap Rahmat.
 Hisyam dan Munirah berselisih pendapat tentang Iman seseorang.
 Rahmat berpisah dengan Hisyam dan Munirah hingga pagi.

WATAK DAN PERWATAKAN

1. RAHMAT
Seorang yang dapat mengahadpi tugas yang berat daripada tugas-tugas lain,. Beliau juga menjalankan perusahan membalak. Disamping itu, Rahmat juga menjaga soal-soal kekeluargaan. Ia memberentas kerja-kerja yang mengacam keselamatan. Beliau mengerjakan tugas-tugas dusun durian ketika musim durian. Rahmat merasakan pelik terhadap sikap dan sifat Hisyam yang berubah.

2. HISYAM
Beliau yelah menyempurnakan tugas-tugas dengan lancer. Hisyam terkenal sebagai manusia ‘semi-playboy’ di kota. Seorang yang kacak dan menjadi idaman setiap gadis. Dapat menjerat kata-kata Munirah mengenai iman seseorang.

3. MUNIRAH
Beliau merasa curiga suaminya, Rahmat. Dia juga bertentangan pendapat Hisyam mengenai iman seseorang. Munirah merasa lapar dan ketika sesat di hutan.

4. RAUF DAN JALIL
Mereka sudah berjinak kembali untuk diam di kampung serta musim durian dan terlibat dengan dadah dan pihak komunis.

5. AYAH UTIH RAHMAN
Dia juga salah seorang menunggu musim durian dan tidak mahu menyentuh hal ehwal Jalil dan Rahmat.

6. MAK CIK SAARAH
Dia adalah ibu tiri kepada Rahmat dan menunggu musim durian dengan ayat Rahmat.

7. SEMAN, MANAF DAN LATIF
Mereka mengunakan motor Hisyam secara bergilir-gilir untuk mengangkut durian.

UNSUR PENTING

1. UNSUR KEMASYARAKATAN
Unsur ini dapat dilihat dimana penduduk-penduduk kampong membantu Pak Utih Rahman untuk menunggu musim durian. Selain itu, Latif dan Manaf menolong Hisyam untuk mengikut dan mengambil Rusa yang ditembak oleh Hisyam dihutan.
2. UNSUR SUSPEN
Munirah merasa panic kerana sesat dihutan ditambah lagi apabila lampu picit Hisyam tidak berfungsi menyebabkan mereka berada jarak yang jauh dan gelap sehingga Rahmat membuat keputusan untuk mrngarahkan menunggu pagi.
LATAR MASA


 Pagi
 Petang
 Malam
 Musim Durian
 Selepas Makan
 Selepas Sembahyang
 Pukul 1 Pagi
 Pukul 2.05 pagi.


LATAR TEMPAT


 Di Kampung
 Dusun
 Bukit
 Anak Sungai
 Hutan
 Pokok Banir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan