KAJIAN : EMILLIA BINTI RAZALI
SINOPSIS
Semenjak mendapati Masita sering muntah-muntah dua tiga hari kebelakangan ini, Munirah sering termenung memikirkannya. Dia masih tertanya-tanya adakah betul Masita hamil. Rahmat sendiri merasa hairan tentang perangai Munirah namun Munirah tidak memberitahu sebab sebenarnya. Munirah juga merasa tidak tenang dan menyesal kerana menuduh Hisyam yang menyebabkan perkara ini berlaku. Dia yakin Hisyam masih merasa terluka walaupun Munirah sudah meminta maaf daripadanya.
Sewaktu di dapur, Munirah memberitahu Masita yang dia ingin mengajaknya berjalan-jalan kerana ada perkara yang hendak ditanyakannya. Emak Masita pula baru balik dari sawah baruh untuk melihat padi. Mereka berempat berbincang mengenai benih padi baru. Hamilah memberitahu kepada mereka bahawa Alang Dolah, Long Nemat, dan Pak Ajang Jusuh tidak bersetuju mengenai benih baru itu. Ketika bersiar-siar, Munirah cuba mengorek rahsia dan cerita sebenar dari Masita. Masita menafikan sekeras-kerasnya. Setelah mendengar penjelasan ikhlas dari Masita barulah Munirah merasa yakin dan gembira.
Pada pagi itu, seperti biasa Munirah sedang mengajar. Tiba-tiba Hamilah dating dan menyuruhnya pulang lekas kerana Masita sedang sakit teruk. Setibanya mereka dirumah, Munirah mendapati ramai orang yang berada disana termasuklah Alang Dolah yang pada pendapatnya akan menjampi Masita. Emak Rahmat keluar dari bilik dan menyuruh Munirah masuk kerana Masita memanggilnya. Ketika di bilik, dia mendapati Masita sedang terbaring lesu. Masita menceritakan kepada Munirah bahawa dia sebenarnya sudah hampir seminggu dua ini sakit dan dia merasakan bahawa harapannya untuk sembuh amat tipis. Munirah merasa sedih, dan sewaktu Rahmat berada disisinya barulah dia mengetahui yang Masita menghidap apendik. Rahmat menjelaskan bahawa mereka akan memecahkan tradisi kampung itu dan akan membawa kepada perbalahan jika Masita dibawa ke rumah sakit di samping masalah pengangkutan. Tiba-tiba Hamilah berteriak memanggil Munirah dan Rahmat. Di mana kemudian mereka mendapati Masita sudah menghembuskan nafas terakhirnya.
Dua minggu selepas Masita dikebumikan, suasana masih muram dan seluruh ahli keluarga Rahmat masih lagi bersedih meratapi kematina Masita. Munirah mendapati Hisyam juga berubah apabila melihat dia tidak lagi berminat untuk bercakap mengenai soal perkahwinan atau soal Salwa dan Masita. Hisyam juga kerap tidur di kedai Seman. Sejak pulang dari Batu Pahat, Hisyam terlalu sibuk dengan urusan balaknya sehingga membuatkan Munirah merasa kesunyian. Mujurlah Hamilah sering menemankannya dan mententeramkan jiwanya dengan jenakanya. Namun begitu hari-hari Munirah juga dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Lima hari seminggu dia akan mengajar di sekolah manakala sebelah petangnya pula dia akan mengajar kaum ibu dan gadis-gadis mengenai urusan rumah tangga. Pada sebelah malamnya pula dia akan mengajar Seman dan beberapa orang pemuda lain bermain gitar. Hisyam pula mengajar Seman dan beberapa orang lain belajar bahasa inggeris. Hisyam memberitahu Munirah tentang Seman yang bercita-cita hendak mengambil Peperiksaan Sijil Rendah pada tahun hadapan.
Di rumah, Munirah mendapati Hamilah sedang mengelamun di serambi seolah-olah berasa kesunyian. Munirah lantas memberikan biola kesayangannya kepada Hamilah kerana dia mahu Hamilah gembira. Setiap malam dia akan mengajar Hamilah cara memainkannya. Rahmat sudah seminggu tidak pulang ke rumah dan sekali lagi Munirah merasa kesunyian. Dua hari selepas itu Rahmat pulang ke rumah dan sekali lagi Munirah merasa kesunyian. Dua hari selepas itu Rahmat pulang dengan membawa perkhabaran gembira kerana usahanya telah menampakkan hasil yang pertama. Lantas itu dia bercadang untuk membuat kenduri dan menjemput semua orang kampung.
Pada sebelah petangnya, selepas mengajar, Munirah berpeluang menghabiskan masanya bersama-sama Rahmat kerana keesokan harinya Rahmat akan pergi lagi menguruskan kerjanya. Mereka berjalan-jalan di sekeliling kampung. Keesokan harinya Rahmat pun berangkat dan Munirah kesepian sekali lagi.
PERISTIWA PENTING
ü Dua tiga hari kemudian, Munirah sering termenung memikirkan sesuatu yang terjadi.
ü Munirah yakin perasaan Hisyam telah terluka walaupun dia telah memohon maaf daripada Hisyam
ü Munirah mengajak Masita berjalan-jalan kerana ada sesuatu yang ingin Munirah tanyakan kepada Masita.
ü Munirah bertanya kepada Masita adakah dia betul-betul hamil, Masita mengatakan bahawa dia tidak pernah melakukan perbuatan yang terkutuk itu.
ü Munirah merasa gembira setelah mendengar penjelasan dari Masita.
ü Hamilah telah menjemput Munirah pulang kerana Masita sakit teruk
ü Masita kelihatan lesu, Munirah cuba untuk mencari jenis penyakit yang dihidapi oleh Masita.
ü Masita menghidap penyakit apendik dan Munirah teringatkan seorang sahabatnya yang menghidap penyakit seperti ini dan menunjukkn tanda-tanda seperti Masita
ü Munirah mencadangkan supaya Masita di bawa ke rumah sakit tetapi Rahmat tidak mahu berbuat demikian
ü Rahmat menyatakan Masita tidak mempunyai harapan lagi dengan melihat keadaannya itu. Masalah lain ialah soal pengangkutan juga yang menyebabkan Masita tidak dapat dibawa ke hospital.
Masita akhirnya meninggal dunia. Hampir dua minggu sudah berlalu tidak kedengaran lagi gurau senda Hamilah.
ü Hisyam juga turut bersedih dengan kematian Masita dan gemar tidur di kedai Seman
ü Sejak pulang dari Batu Pahat, Rahmat terlalu sibuk dengan urusan balaknya yang mana membuatkan Munirah kesunyian. Mujurlah Hamilah mendamaikan jiwa dan perasaannya.
ü Munirah merasa sepi lagi kerana Rahmat pergi lagi keesokkan harinya untuk menjalankan kerjanya.
WATAK
· Rahmat
· Munirah
· Hisyam
· Hamilah
· Masita
· Seman
· Alang Dolah
· Pak Utih Rahman
· Emak Rahmat
· Abang Kasan
· Fatimah
· Long Nemat
· Salwa
· Pak Ajang Jusuh
· Rabini Kaur
PERWATAKAN
Munirah
§ Sangat mengambil berat tentang keadaan Masita
§ Sangat menyayangi dan mempercayai Masita seperti adik kandungnya sendiri
§ Selalu memikirkan kebahagiaan orang lain
§ Selalu merasa kesunyian kerana Rahmat pada masa ini sering sibuk dengan kerjanya sehingga dia tidak ada masa untuk menemankan Munirah
§ Mengajar Seman dan beberapa orang pemuda bermain gitar
§ Memberikan biola kesayangannya kepada Hamilah
Masita
§ Sering muntah-muntah sejak akhr-akhir ini.
§ Menghidap penyakit apendik dan akhiranya meninggal dunia
LATAR
Latar masa
Ø Dua tiga hari
Ø Pagi
Ø Dua minggu
Ø Petang
Ø Seminggu
Ø Setiap pagi, lima kali seminggu
Ø Setiap petang, tiga atau empat hari seminggu
Ø Dua tiga malam
Ø Petang selepas mengajar
Latar tempat
Ø Serambi rumah
Ø Dapur
Ø Kebun getah di belakang rumah
Ø Sawah
Ø Sawah baruh
Ø Batu Pahat
Ø Sekolah
Bilik Masita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan