Jumaat, 9 Oktober 2009

BAB 19 - MUNIRAH: KERANA KAU AKU KE MARI

KAJIAN: NUR KHAIRUNNISA, SITI ZUBAIDAH, & EMILLIA.

A) SINOPSIS

Sudah enam hari lamanya Rahmat pergi ke Jeram Panjang bagi menyambung penyiasatannya mengenai kematian Syalang dan juga perihal orang yang ingin membunuh mereka dengan membakar rumah tumpangan pada malam itu. Munirah masih merahsiakan pemergian Rahmat dari pengetahuan orang lain lebih-lebih lagi Hisyam. Jika ada orang yang bertanya Munirah hanya menjawab bahawa Rahmat pergi ke bandar selama seminggu atau lebih. Hisyam seakan tidak mempercayai jawapan Munirah lebih-lebih lagi apabila mengenangkan Rahmat berangkat pada sebelah malam. Walaubagaimanapun, tiada sebarang masalah timbul dan Hisyam dan Munirah juga sering merasa risau dan gelisah kerana dia takut sesuatu buruk terjadi kepada Rahmat.
Pada malam itu Munirah bercadang untuk pergi ke kedai Seman untuk memberitahu Hisyam perkara yang sebenarnya. Keluarga Rahmat tidak merasa curiga kerana pada malam-malam yang tertentu Munirah akan pergi ke kedai untuk mengajar Seman bermain gitar. Setibanya dia di sana, dia mendapati hanya Hisyam saja yang ada manakala Seman pula telah pergi ke rumah tunangnya, Lijah. Munirah lantas menceritakan kepada Hisyam mengenai Rahmat yang telah pergi ke Jeram Panjang seorang diri. Hisyam terkejut dan kecewa dengan Munirah kerana tidak memberitahunya perkara ini lebih awal. Dia juga merasa bimbang dengan keselamatan Rahmat. Munirah dan Hisyam tidak tahu apa yang harus mereka lakukan lantas bercadang untuk menunggu sahaja kepulangan Seman.
Waktu hampir dinihari. Munirah merasa bosan menunggu lantas dia pun mengambil keputusan untuk balik ke rumah. Hisyam menakut-nakutkan Munirah dengan menceritakan padanya mengenai lembaga putih yang ditemuinya di balik busut sebelah kanan jalan malam semalam. Munirah tidak mempercayainya dan menambah itu mungkin hanya ilusi Hisyam dan di samping itu juga dia tahu bahawa Hisyam jenisnya tidak percaya dengan perkara yang karut seperti itu. Hisyam lantas menceritakan dan mengimbau kembali peristiwa yang pernah terjadi kepada Hamilah beberapa bulan lalu. Hamilah telah kerasukan oleh hantu selepas ia pulang dari mengambil cendawan di belakan rumahnya berdekatan dengan busut tempat Staff Sarjan Mac Malcom di bunuh. Alang Dolah mengubatinya. Sewaktu peristiwa itu, berlaku pertelingkahan mulut antara Hisyam, Munirah, dan juga Rahmat. Hisyam dan Munirah tidak percaya yang Hamilah di rasuk oleh hantu. Mengenangkan cerita itu, Munirah membatalkan niatnya untuk balik ke rumah. Mereka berdua juga berbalah dan berlakulah pertengkaran mulut antara mereka kerana Hisyam telah menyindir Munirah mengenai perhubungan mereka suatu ketika dulu. Selepas itu mereka berdamai semula. Tiba-tiba mereka terdengar pintu diketuk dengan kencang dan kedengaran suara orang memanggil nama Seman. Hisyam pergi membuka pintu dan apabila dibuka, dia terkejut kerana Rahmat yang berdiri di depan pintu. Rahmat kelihatan lesu dan letih. Dia masuk dengan terhuyung-hayang ditambah lagi dengan mukanya yang berparut serta mengeluarkan lendir. Rahmat diam membatu apabila melihat Munirah juga berada di sana. Mulalah Rahmat menyangkakan perkara yang bukan-bukan. Dia berpendapat Munirah telah berlaku curang terhadapnya. Dia menyangkakan Munirah dan Hisyam mengambil kesempatan berbuat sesuatu semasa ketiadaannya. Munirah menafikannya sekeras-kerasnya manakala Hisyam pula hanya mendiamkan diri. Rahmat masih tidak mempercayainya. Oleh kerana tidak dapat mengawal perasaannya, Munirah menyuruh Rahmat supaya membunuhnya saja jika dia memang seorang isteri yang curang dan tidak bertanggungjawab. Akhirnya Munirah rebah dan tidak sedarkan diri.


B) PERISTIWA PENTING

1. Sudah enam hari Rahmat pergi. Munirah merahsiakan tentang pemergian Rahmat
2. Setiap pertanyaan yang diajukan padanya Munirah hanya menjawab bahawa Rahmat pergi ke bandar selama seminggu atau lebih
3. Tetapi Hisyam sepertinya tidak mempercayai jawapan yang diberikan oleh Munirah kerana Rahmat meninggalkan kampung pada waktu malam
4. Pemergian Rahmat tidak menimbulkan sebarang masalah tetapi Munirah merasa risau dan gelisah tentang pemergian Rahmat ke Jeram Panjang
5. Pada malam itu Munirah pergi ke kedai Seman. Kepergian Munirah tidak menimbulkan sebarang persoalan terhadap keluarga Rahmat kerana mereka tahu tujuan Munirah pergi ke kedai adalah untuk mengajar Seman bermain gitar
6. Tetapi Munirah telah memberitahu Seman untuk berhenti belajar bermain gitar buat sementara. Semasa Munirah pergi ke sana, Seman tidak ada di kedai
7. Tujuan sebenar Munirah ialah untuk menemui Hisyam dan memberitahu tentang pemergian Rahmat ke Jeram Panjang
8. Setelah Hisyam mengetahui perkara sebenar dia merasa bimbang tentang keselamatan Rahmat
9. Munirah dan Hisyam tidak tahu apa yang harus mereka lakukan dan memutuskan untuk menunggu Seman pulang dari rumah tunangnya Lijah
10. Waktu hampir dinihari. Oleh kerana menunggu tanpa berbuat apa-apa. Munirah berhasrat untuk pulang ke rumah
11. Hisyam menakut-nakutkan Munirah tentang cerita yang bukan-bukan tetapi Munirah tidak mempercayainya. Hisyam mengimbas kembali tentang tragedi yang menimpa Hamilah
12. Hamilah telah dirasuk hantu selepas ia pulang dari belakan rumah berdekatan dengan busut tempat Staff Sergent Michele MacMalcolm dibunuh
13. Hamilah sebenarnya pergi ke sana dengan tujuan untuk mengambil cendawan. Tiba-tiba ia telah kerasukan. Alang Dolah lah yang mengubatinya
14. Perbualan mengenai Hamilah bertukar menjadi tegang apabila Hisyam menyindir Munirah. Pertengkaran mulut telah berlaku tetap akhirnya mereka berdamai
15. Tiba-tiba pintu kedai diketuk dengan kuat. Apabila Hisyam membuka pintu, dia terkejut kerana Rahmat berdiri di muka pintu
16. Rahmat masuk dengan terhuyung-hayang dengan wajah yang berparut dan lendir mengalir
17. Rahmat tercegat membatu apabila dia ternampak Munirah. Rahmat pun salah sangka dan menuduh Munirah melakukan perkara yang tidak baik dengan Hisyam
18. Munirah membantah tuduhan itu tetapi Rahmat sukar untuk mempercayainya
19. Lalu Munirah menyuruh agar Rahmat membunuhnya saja jikalau ia seorang isteri yang tidak bertanggungjawab. Oleh kerana tidak dapat mengawal perasaannya dia pun jatuh pengsan.

C) WATAK

1. Rahmat
2. Hisyam
3. Munirah
4. Hamilah
5. Seman
6. Lijah
7. Staff Sergent Michele MacMalcom
8. Alang Dolah
9. Emak Rahmat

D) PERWATAKAN

Hisyam

- Tidak mempercayai kata-kata Munirah yang mengatakan Rahmat telah pergi ke bandar
- Sangat bimbang akan keselamatan Rahmat
- Pada awalnya tidak mempercayai akan benda-benda karut seperti hantu tetapi setelah mengalaminya sendiri ditambah lagi dengan peristiwa yang pernah terjadi pada Hamilah, dia mula percaya

Munirah

- Berpegang teguh pada arahan Rahmat supaya merahsiakan pemergiannya ke Jeram Panjang
- Merasa risau dan gelisah dengan pemergian Rahmat ke Jeram Panjang kerana dia takut sesuatu yang buruk telah terjadi kepadanya
- Seperti Hisyam dia juga tidak begitu percaya dengan benda-benda karut
- Dituduh oleh Rahmat berlaku curang kepadanya
- Tidak dapat mengawal emosinya apabila dituduh oleh Rahmat berlaku curang dan akhirnya rebah tidak sedarkan diri

E) LATAR

i) Latar Masa

1. Enam hari
2. Hampir dinihari
3. Malam itu selepas makan
4. Petang
5. Pukul sepuluh
6. Malam tadi
7. Tengah rembang
8. Petang jumaat
9. Beberapa bulan dulu

ii) Latar Tempat

1. Jeram Panjang
2. Kedai Seman
3. Serambi
4. Di balik busut sebelah kanan jalan
5. Belakang rumah berdekatan busut jantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan