Ahad, 11 Oktober 2009

BAB 22: TREM RINGKAS

KAJIAN: HALIM, ANNIE, AMAL

A) SINOPSIS

Rahmat, Hisyam dan Munirah mula melangkah menuju Trem Ringkas yang tiba dari Singapura dan turut mencari tempat duduk. Setelah dapat, mereka pun duduk sambil menunggu masa keretaapi bergerak. Sambil menanti saat Trem Ringkas mula bergerak, Rahmat dan Hisyam mengambil kesempatan merokok manakala Munirah mengulum gula-gula sambil matanya memandang ke luar dengan pandangan sayu beercampur bahagia.

Rahmat bangun seraya memandang mata Hisyam lalu mereka bersalaman. Kemudian beralih merenung mata masing-masing. Munirah dengan sayu dan agak lama. Suasana hening setika sambil melayan perasaan masing-masing. Rahmat meloncat turun sekaligus menjatuhkan Talaq Tiga kepada Munirah. Trem Ringkas perlahan-lahan meluncur ke depan dan kelihatan Tahmat juga menuruti dan mereka sama-sama melambai.

B) PERISTIWA PENTING

1. Rahmat, Hisyam dan Munirah menaiki trem Ringkas yang baru tiba dari Singapura.
2. Rahmat dan Hisyam menghisap rokok sambil menanti bergerak. Munirah mengulum gula-gula.
3. Rahmat bangun setelah loceng isyarat mulai kedengaran dan meloncat turun.
4. Rahmat membiarkan Munirah pulang bersama Hisyam.

C) LATAR TEMPAT

• Kawasan Trem Ringkas.
• Di dalam Keretapi.

D) WATAK DAN PERWATAKAN

1. Hisyam
2. Munirah
3. Rahmat

BAB 21 – RAHMAT: JALAN BETAPA BENGKOKNYA TETAP AKAN KE HUJUNG.

KAJIAN: HALIM, ANNIE, AMAL

A) SINOPSIS


Rahmat merenungkan usahanya yang terkandas, pernentangan datang bertubi-tubi. Selain tentangan kau tua yang berkaitan tradisi dan kepercayaan karut. Penentangan juga timbul dari kaum keluarganya sendiri iaitu Jalil dan Rauf disebabkan dengki dan iri hati. Pada pendapat Rahmat penentangan berasaakan tardisi dapat dilembutkan secara halus tapi penentangan berasakan iri hati dan dengki sukar ditundukkan, Rauf latar belakangnya sering keluar masuk penjara setentunya dengan menggunakan nasihat langsung tidak memberikan kesan, bagaikan air ditumpah ke daun keladi. Desakkan Mak Utih Rahman supaya Rahmat berkahwin lagi kerana Rahmat belum mempunyai anak. Mak Utih Rahman mempercayai keluarganya belum ada yang mandul. Mak Saerah membongkar sebab utama mengapa Pak Ngah Baki membatalkan usaha sama dengan Rahmat. Pak Ngah Baki hendak menjodohkan Salwa dengan Rahmat apabila Pak Ngah Baki mengetahui Rahmat sudah berkahwin, harapannya musnah kekesalan bertambah (Munirah) bukan sebangsa dengan Rahmat.


B) PERISTIWA PENTING


1. Rahmat mecela dirinya sendiri kerana dengan merebut kesucian Munirah agar Hisyam tidakk dapat memiliki Munirah.

2. Kekesalan Pak Ngah Baki menjadikan dirinya bersikap dingin terhadap Rahmat.

3. Rahmat menganalisa akibat yang mungkin berlaku apabila Rahmat menerima desakkan Mak Utih Rahman berkahwin dengan Salwa iaitu Hisyam terluka iakan meninggalkan Kampung Batu Ragi.

4. Rahmat diserang dan dibawa ketempat persembunyian Komunis.

5. Rahmat menyerang Rauf ketika Rauf berbalah dengan Jalil. Kemudian, Rauf memetik senapangnya dan terkena dirinya sendiri.

6. Di Kuala Sungai Palung, Jalil mencampakkan senapang, mayat Rauf di simpan di kedai Seman dan dijaga oleh Pak Ngah Baki.


C) WATAK


1. Rahmat

2. Munirah

3. Hisyam

4. Jalil

5. Rauf

6. Pak Ngah Baki

7. Makcik Saerah

8. Mak Utih Rahman

9. Ismail.

10. Alang Dolah.

11. Mion

12. Foo Chong.


D) LATAR TEMPAT


1. Rumah Rahmat

2. Dalam Perahu dan dihilir Jeram Panjang.

3. Tepi Sungai

4. Pejabat bahagiaan Keselamatan

5. Warung Wak Sate.


E) LATAR MASA


1. Waktu Subuh

2. Waktu Petang

3. Malam.


F) UNSUR PENTING


Ø UNSUR JENAYAH


· Rahmat diserang dalam gelap setelah mengaturkan perjumpaan terakhir diantara Hisyam dengan Salwa.

· Rahmat membuat serangan apabila Rauf dan Jalil sedang bertekak.

Sabtu, 10 Oktober 2009

BAB 20 – HISYAM : BULAN GELAP HISYAM BALIK BERTELUR DAHI MEMBAWA DIRI

KAJIAN: SAFWAN, SHAFIQ & ROZIELINA.

A) SINOPSIS

Munirah sangat marah kepada Rahmat sehingga membuat dia pengsan, Hisyam hanya mampu memperhatikan. Dia sangat hairan dengan tingkahlaku rahmat pada masa itu. Hisyam menasihati Rahmat supaya melaporkan kepada pihak berkuasa kerana mereka tidak mungkin dapat menentang mereka sendirisn, namun dia tetap berdegil. Tetapi Rahmat telah menyakinkan Hisyam bahawa dia tidak akan membenarkan apa-apa terjadi kepadanya.

Ketika Hisyam dan Salwa hendak pulang, Hisyam pengsan akibat dipukul oleh orang yang tidak diketahui. Apabila dia sedar, dia bernekad hendak meninggalkan Kampung Batu Ragi keran dia berpendapat bahawa kedatangannya sebagai pencetus masalah. Tetapi hasratnya itu tidak dapat dilaksanana secepat mungkin kerana perkahwinan Seman sudah dekat.

Semasa majilis inai Seman dengan Lijah, Hisyam bertemu dengan Salwa secara sembunyi. Salwa sangat sedih apabila mendapati bahawa Hisyam hendak meninggalkannya. Hsiaym hanya mampu mendoakan kebahagiannya.

Kehilangan Rahmat telah mencurigakan Hisyam apabila Latif betenyakan tentang Rahmat. Menurut Latif, semasa malam inai Seman. Dia mendapati Rauf dan Jalil hilang sejurus pemergiaan Rahmat.

B) PERSITIWA PENTING

1. Munirah marah kepada Rahmat sehingga Munirah pengsan, namun Hisyam hanya mempu berdiam diri kerana itu adalah urusan Munirah dan Rahmat.
2. Ketika Hisyam pulang bersamadengan Salwa, dia telah dipukul oleh seseorang dan menyebabkannya jatuh pengsan.
3. Hisyam merancang hendak meninggalkan Kampung Batu Ragi.
4. Semasa malam berinai Seman, Hisyam hairan kerana dia dilayan dengan sungguh mesra oleh orang kampong.
5. Salwa mengetahui Hisyam hendak meninggalkan, ini membuatnya berasa amat sedaih.
6. Latif mendapati Rauf dan Jalil menghilang bersama-sama dengan Rahmat.

C) WATAK

1. Hisyam
2. Rahmat
3. Munirtah
4. Hamilah
5. Seman
6. Lijah
7. Alang Dolah
8. Mak Utih
9. Pak Utih Rahman
10. Datin Uda
11. Pak Ngah Baki
12. Rauf
13. Jalil
14. Kak Sidah.
D) LATAR tempat
1. Kedai
2. Pondok Di Jeram Panjang
3. Di Teluk Intan
4. Sungai Durian
5. Rumah Saarah

E) LATAR MASA
1. Malam
2. Musim menunai
3. Larut Malam
4. Lorong pagi
5. Bilik Hisyam
6. Tengah hari esoknya.

F) PERSOALAN

Persoalan yang ditimbulkan dalam bab ini adalah ‘KONFLIK BERSELISIH FAHAM’. Rahmat mula tidak mempercayai isterinya, Munirah kerana perbuatannya dengan Hisyam pada sewktu ketika dahulu. Disamping itu juga, Hisyam juga tidak puas hati dengan tindakan Rahmat yang membiarkan Jalil dan rauf yang datang di Kampung Batu Ragi dengan bebas.

G) UNSUR PENTING

1. Konflik
Unsur ini timbul apabila Hisyam tidak puas hati kerana Rahmat yang tidak mahu mengambil tindakan. Rahmat yang membiarkan Rauf dan Jalil bebas berkeliaran di kampong yang mereka mengasut orang kampong dan ada yang mereka yang berselisi pendapat dan salah faham seperti Rahmat menuduh Munirsh yang ia buat dengan Hisyam sewaktu ketika dahulu.

2. Kemasyarakatan
Unsur ini dapat dilihat dimana masyarakat Kampung Batu Ragi membantu Keluarga Seman Sempena Majlis Berinai Seman dan Lijah.

Jumaat, 9 Oktober 2009

BAB 19 - MUNIRAH: KERANA KAU AKU KE MARI

KAJIAN: NUR KHAIRUNNISA, SITI ZUBAIDAH, & EMILLIA.

A) SINOPSIS

Sudah enam hari lamanya Rahmat pergi ke Jeram Panjang bagi menyambung penyiasatannya mengenai kematian Syalang dan juga perihal orang yang ingin membunuh mereka dengan membakar rumah tumpangan pada malam itu. Munirah masih merahsiakan pemergian Rahmat dari pengetahuan orang lain lebih-lebih lagi Hisyam. Jika ada orang yang bertanya Munirah hanya menjawab bahawa Rahmat pergi ke bandar selama seminggu atau lebih. Hisyam seakan tidak mempercayai jawapan Munirah lebih-lebih lagi apabila mengenangkan Rahmat berangkat pada sebelah malam. Walaubagaimanapun, tiada sebarang masalah timbul dan Hisyam dan Munirah juga sering merasa risau dan gelisah kerana dia takut sesuatu buruk terjadi kepada Rahmat.
Pada malam itu Munirah bercadang untuk pergi ke kedai Seman untuk memberitahu Hisyam perkara yang sebenarnya. Keluarga Rahmat tidak merasa curiga kerana pada malam-malam yang tertentu Munirah akan pergi ke kedai untuk mengajar Seman bermain gitar. Setibanya dia di sana, dia mendapati hanya Hisyam saja yang ada manakala Seman pula telah pergi ke rumah tunangnya, Lijah. Munirah lantas menceritakan kepada Hisyam mengenai Rahmat yang telah pergi ke Jeram Panjang seorang diri. Hisyam terkejut dan kecewa dengan Munirah kerana tidak memberitahunya perkara ini lebih awal. Dia juga merasa bimbang dengan keselamatan Rahmat. Munirah dan Hisyam tidak tahu apa yang harus mereka lakukan lantas bercadang untuk menunggu sahaja kepulangan Seman.
Waktu hampir dinihari. Munirah merasa bosan menunggu lantas dia pun mengambil keputusan untuk balik ke rumah. Hisyam menakut-nakutkan Munirah dengan menceritakan padanya mengenai lembaga putih yang ditemuinya di balik busut sebelah kanan jalan malam semalam. Munirah tidak mempercayainya dan menambah itu mungkin hanya ilusi Hisyam dan di samping itu juga dia tahu bahawa Hisyam jenisnya tidak percaya dengan perkara yang karut seperti itu. Hisyam lantas menceritakan dan mengimbau kembali peristiwa yang pernah terjadi kepada Hamilah beberapa bulan lalu. Hamilah telah kerasukan oleh hantu selepas ia pulang dari mengambil cendawan di belakan rumahnya berdekatan dengan busut tempat Staff Sarjan Mac Malcom di bunuh. Alang Dolah mengubatinya. Sewaktu peristiwa itu, berlaku pertelingkahan mulut antara Hisyam, Munirah, dan juga Rahmat. Hisyam dan Munirah tidak percaya yang Hamilah di rasuk oleh hantu. Mengenangkan cerita itu, Munirah membatalkan niatnya untuk balik ke rumah. Mereka berdua juga berbalah dan berlakulah pertengkaran mulut antara mereka kerana Hisyam telah menyindir Munirah mengenai perhubungan mereka suatu ketika dulu. Selepas itu mereka berdamai semula. Tiba-tiba mereka terdengar pintu diketuk dengan kencang dan kedengaran suara orang memanggil nama Seman. Hisyam pergi membuka pintu dan apabila dibuka, dia terkejut kerana Rahmat yang berdiri di depan pintu. Rahmat kelihatan lesu dan letih. Dia masuk dengan terhuyung-hayang ditambah lagi dengan mukanya yang berparut serta mengeluarkan lendir. Rahmat diam membatu apabila melihat Munirah juga berada di sana. Mulalah Rahmat menyangkakan perkara yang bukan-bukan. Dia berpendapat Munirah telah berlaku curang terhadapnya. Dia menyangkakan Munirah dan Hisyam mengambil kesempatan berbuat sesuatu semasa ketiadaannya. Munirah menafikannya sekeras-kerasnya manakala Hisyam pula hanya mendiamkan diri. Rahmat masih tidak mempercayainya. Oleh kerana tidak dapat mengawal perasaannya, Munirah menyuruh Rahmat supaya membunuhnya saja jika dia memang seorang isteri yang curang dan tidak bertanggungjawab. Akhirnya Munirah rebah dan tidak sedarkan diri.


B) PERISTIWA PENTING

1. Sudah enam hari Rahmat pergi. Munirah merahsiakan tentang pemergian Rahmat
2. Setiap pertanyaan yang diajukan padanya Munirah hanya menjawab bahawa Rahmat pergi ke bandar selama seminggu atau lebih
3. Tetapi Hisyam sepertinya tidak mempercayai jawapan yang diberikan oleh Munirah kerana Rahmat meninggalkan kampung pada waktu malam
4. Pemergian Rahmat tidak menimbulkan sebarang masalah tetapi Munirah merasa risau dan gelisah tentang pemergian Rahmat ke Jeram Panjang
5. Pada malam itu Munirah pergi ke kedai Seman. Kepergian Munirah tidak menimbulkan sebarang persoalan terhadap keluarga Rahmat kerana mereka tahu tujuan Munirah pergi ke kedai adalah untuk mengajar Seman bermain gitar
6. Tetapi Munirah telah memberitahu Seman untuk berhenti belajar bermain gitar buat sementara. Semasa Munirah pergi ke sana, Seman tidak ada di kedai
7. Tujuan sebenar Munirah ialah untuk menemui Hisyam dan memberitahu tentang pemergian Rahmat ke Jeram Panjang
8. Setelah Hisyam mengetahui perkara sebenar dia merasa bimbang tentang keselamatan Rahmat
9. Munirah dan Hisyam tidak tahu apa yang harus mereka lakukan dan memutuskan untuk menunggu Seman pulang dari rumah tunangnya Lijah
10. Waktu hampir dinihari. Oleh kerana menunggu tanpa berbuat apa-apa. Munirah berhasrat untuk pulang ke rumah
11. Hisyam menakut-nakutkan Munirah tentang cerita yang bukan-bukan tetapi Munirah tidak mempercayainya. Hisyam mengimbas kembali tentang tragedi yang menimpa Hamilah
12. Hamilah telah dirasuk hantu selepas ia pulang dari belakan rumah berdekatan dengan busut tempat Staff Sergent Michele MacMalcolm dibunuh
13. Hamilah sebenarnya pergi ke sana dengan tujuan untuk mengambil cendawan. Tiba-tiba ia telah kerasukan. Alang Dolah lah yang mengubatinya
14. Perbualan mengenai Hamilah bertukar menjadi tegang apabila Hisyam menyindir Munirah. Pertengkaran mulut telah berlaku tetap akhirnya mereka berdamai
15. Tiba-tiba pintu kedai diketuk dengan kuat. Apabila Hisyam membuka pintu, dia terkejut kerana Rahmat berdiri di muka pintu
16. Rahmat masuk dengan terhuyung-hayang dengan wajah yang berparut dan lendir mengalir
17. Rahmat tercegat membatu apabila dia ternampak Munirah. Rahmat pun salah sangka dan menuduh Munirah melakukan perkara yang tidak baik dengan Hisyam
18. Munirah membantah tuduhan itu tetapi Rahmat sukar untuk mempercayainya
19. Lalu Munirah menyuruh agar Rahmat membunuhnya saja jikalau ia seorang isteri yang tidak bertanggungjawab. Oleh kerana tidak dapat mengawal perasaannya dia pun jatuh pengsan.

C) WATAK

1. Rahmat
2. Hisyam
3. Munirah
4. Hamilah
5. Seman
6. Lijah
7. Staff Sergent Michele MacMalcom
8. Alang Dolah
9. Emak Rahmat

D) PERWATAKAN

Hisyam

- Tidak mempercayai kata-kata Munirah yang mengatakan Rahmat telah pergi ke bandar
- Sangat bimbang akan keselamatan Rahmat
- Pada awalnya tidak mempercayai akan benda-benda karut seperti hantu tetapi setelah mengalaminya sendiri ditambah lagi dengan peristiwa yang pernah terjadi pada Hamilah, dia mula percaya

Munirah

- Berpegang teguh pada arahan Rahmat supaya merahsiakan pemergiannya ke Jeram Panjang
- Merasa risau dan gelisah dengan pemergian Rahmat ke Jeram Panjang kerana dia takut sesuatu yang buruk telah terjadi kepadanya
- Seperti Hisyam dia juga tidak begitu percaya dengan benda-benda karut
- Dituduh oleh Rahmat berlaku curang kepadanya
- Tidak dapat mengawal emosinya apabila dituduh oleh Rahmat berlaku curang dan akhirnya rebah tidak sedarkan diri

E) LATAR

i) Latar Masa

1. Enam hari
2. Hampir dinihari
3. Malam itu selepas makan
4. Petang
5. Pukul sepuluh
6. Malam tadi
7. Tengah rembang
8. Petang jumaat
9. Beberapa bulan dulu

ii) Latar Tempat

1. Jeram Panjang
2. Kedai Seman
3. Serambi
4. Di balik busut sebelah kanan jalan
5. Belakang rumah berdekatan busut jantan

Khamis, 25 Jun 2009

BAB 18- RAHMAT : APABILA KEHORMATAN DIGUGAT NYAWA TERLALU KECIL HARGANYA.

KAJIAN: ABD. HALIM BIN PUTEH (U6-1)

A. SINOPSIS
Selepas kejadian yang berlaku kepada Rahmat, dia ingin pulang semula ke Jeram Panjang untuk menemui Batin Uda. Rahmat telah bergegas pergi setelah berbincang dengan Munirah pada malam tersebut kerana menginginkan bukti terhadap Batin Uda yang meragut nyawanya itu.
Dengan berbekalkan senapang, lampu picit serta golok pesaka, Rahmat telah menempuhi pelbagai ringtangan semasa melalui sungai berkayuh menggunakan perahu. Tetapi dia tidak menghiraukannnya kerana marah yang membara keatas kejadian yang menimpa terhadap dirinya.
Selepas menjelang subuh, dia pun sampai di tebing Sungai Jeram Panjang disana dia telah berjumpa Batin Uda, lalu dia telah ditangkap oleh Rauf dan teman-temannya kesuatu tempat yang lapang dan Rahmat sendiri tidak tahu dimana dia dibawa. Matanya ditutup dan tangannya diikat menyebabkan dia sukar untuk bergerak.
Rahmat telah diseksa selama tiga hari dan tiga malam. Tubuhnya telah mengalami luka semasa bergelut bersama rakan Rauf iaitu Foo Chong. Pada hari keempat Jalil terkejut melihat abangnya Rahmat. Jalil merasa simpati terhadap abangnya dilakukan sedemikian. Rahmat begitu marah kepadanya kerana berkomplot dengan Rauf yang begitu kejam.
Pada malam tersebut, Rahmat sedang merehatkan dirinya, dia telah tebangun bahawa dirinya telah dilepaskan oleh Batin Uda dari ancaman Rauf. Rahmat merasa hairan mengapakah dia diselamatkan.

B. PERISTIWA PENTING

1. Rahmat pergi semula ke Jeram Panjang.
2. Rahmat ditangkap oleh Rauf dan teman-temannya.
3. Rahmat diseksa selama 3 hari 3 malam.
4. Rahmat diselamatkan.

C. WATAK DAN PERWATAKKAN

1. Rahmat
Rahmat adalah seorang yang mementingkan diri sendiri kerana dia pergi ke Jeram Panjang tanpa ditemani. Dia juga seorang yang berani menyahut cabaran Rauf dan rakan-rakannya.

2. Jalil
Walaupun dia seorang yang jahat, Jalil mempunyai sifat berperikemanusiaan semasa melihat Rahmat didera oleh Rauf.

3. Rauf
Rauf telah menyeksa Rahmat, dia adalah seorang yang terlalu kejam walaupun anak saudaranya sendiri tanpa belas kasihan dan simpati.

D. LATAR MASA
1. Malam
2. Subuh
3. 3 hari 3 Malam
4. Hari Keempat

Khamis, 16 April 2009

BAB 17 - HISYAM : APABILA SUDAH BERCINTA RAHSIA BUKAN LAGI RAHSIA

KAJIAN: SITI ZUBAIDAH HAJI ABD. KADIR (U6-6)

SINOPSIS

Sikap Hisyam berubah sejak kematian Masita. Dia banyak menghabiskan masanya di kedai Seman. Hubungannya dengan Salwa juga menjadi lebih rapat. Kerjanya juga semakin bertambah sejak Rahmat pergi ke Bandar. Di samping itu, penduduk kampung juga telah bergotong royong untuk melakukan kempen kebersihan. Seminggu kemudian, Syalang datang untuk memberitahu Hisyam tentang perbuatan Jalil dan Rauf. Walhal begitu perkara ini telah dirahsiakan dari pengetahuan polis.

Hisyam juga telah diberikan tugas untuk menggalakkan orang-orang kampung mengamalkan “Benih padi baru” yang boleh meningkatkan lagi hasil tanaman mereka tetapi dia tidak mengendahkannya Pada malam itu. Salwa memberitahu tentang kejadian jambatan yang telah dirobohkan dan juga kejadian kedai yang kebakaran. Dian mengatakan bahawa orang yang bertanggung-jawab dalam kejadian ini ialah Jalil dan Pak Usu Rauf. Setelah itu Hisyam pun pergi ke kedai dan mendengar kabar berita bahawa Syalang telah meninggal dan mayatnya telah di bawa ke Batu Enam dan terus menuju ke Segamat.

Setelah kesokannya, Hisyam, Rahmat serta Abang Hasin pun menyiasat tentang kematian Syalang. Mereka bertiga terus menuju ke Jeram Panjang dan telah disambut oleh ketua kampung disana iaitu Batin Uda. Pada malamnya mereka berpura-pura tidur di tempat yang disediakan kerana mereka telah menjangka ada sesuatu yang akan berlaku selepas itu. Pada malam itu juga, perkara yang telah mereka ramalkan itu benar-bernar terjadi, sehingga tempat mereka itu telah dibakar. Pada keesokkan paginya, mereka pun pulang ke kampung dan terus berehat.


PERISTIWA PENTING

  1. Perubahan hisyam sangat ketara disebabkan kematian Masita.
  2. Penduduk kampung bergotong-royong melaksanakan kempen kebersihan.
  3. Hisyam telah bersetuju untuk bertemu dengan Slawa pada malam itu.
  4. Mayat Syalang telah dijumpai di dahan pokok di Kuala Sungai.
  5. Hisyam, Rahmat dan Abang Hasin telah menyiasat tentang kematian Syalang.
  6. Pondok yang mereka tiduri itu telah dibakar.

WATAK

  1. Masita 13. Ismail
  2. Hisyam 14. Pak Usu Rauf
  3. Rahmat 15. Mak Ngah Saarah
  4. Salwa 16. Pak Utih Rahman
  5. Seman 17. Latif
  6. Penduduk Kampung 18. Abang Aris
  7. Munirah 19. Mamat Liat
  8. Alanag Dolah 20.Abang Husin
  9. Alang Nemat 21. Batin Uda
  10. Jalil 22. Abang Lomat
  11. Rauf 23. Pak Hitam Leman.
  12. Syalang 24. Pak Ngah Baki

PERWATAKAN

  1. Masita : Meninggal disebaban appendix.
  2. Hisyam : Guru Bahasa Inggeris. Dia juga bergotong-royong dengan orang kampung dan mempunyai hubungan dengan Salwa.
  3. Salwa: Anak kepada Pak Ngah Baki.
  4. Rahmat : Kawan karib Hisyam dalam memajukkan kampung.
  5. Munirah : Isteri Rahmat.
  6. Jalil : Orang yang berperasaan hasad dengki.
  7. Rauf : Orang yang merobohkan jambatan dan membakar kedai.
  8. Syalang : Orang yang mati dibunuh.
  9. Abang Husin : Mengajak Rahmat dan Hisyam ke ‘Jeram Panjang’
  10. Batin Uda : Ketua Kmapung Orang Asli.

LATAR TEMPAT

  1. Kedai
  2. Belakang rumah
  3. Kampung Batu Ragi
  4. Tapak sekolah
  5. Padang sekolah
  6. Balai Raya
  7. Masjid
  8. Kampung Jeram Panjang
  9. Kuala Lumpur
  10. Kuala Sungai Palung
  11. Batu enam
  12. Hampir tebing
  13. Pondok kosong
  14. Dapur
  15. Hutan.

LATAR MASA

  1. Hampir lapan bulan
  2. Dua tiga hari
  3. Malam
  4. Waktu senja
  5. Lebih kurang pukul lapan
  6. Hampir tengah hari

UNSUR-UNSUR

1. Unsur kemasyarakatan (Positif)

Penduduk kampung berkerjasama menjalankan kempen kebersihan.

2. Unsur Pendidikan (Positif)

Munirah mengajar Seman bermain gitar dan Hisyam pula

mengajarnya Bahasa Inggeris

3. Unsur Kriminal (Negatif)

Rauf dan Jalil merobohkan jambatan dan membakar kedai Seman. Disamping itu pula, Syalang telah mati dibunuh.

BAB 16 : MUNIRAH-SEHELAI DAUN HIJAU GUGUR MENINGGALKAN DENGUNG HALUS-SEDIH DAN SEPI DI PADANG TANDUS

KAJIAN : EMILLIA BINTI RAZALI

SINOPSIS

Semenjak mendapati Masita sering muntah-muntah dua tiga hari kebelakangan ini, Munirah sering termenung memikirkannya. Dia masih tertanya-tanya adakah betul Masita hamil. Rahmat sendiri merasa hairan tentang perangai Munirah namun Munirah tidak memberitahu sebab sebenarnya. Munirah juga merasa tidak tenang dan menyesal kerana menuduh Hisyam yang menyebabkan perkara ini berlaku. Dia yakin Hisyam masih merasa terluka walaupun Munirah sudah meminta maaf daripadanya.

Sewaktu di dapur, Munirah memberitahu Masita yang dia ingin mengajaknya berjalan-jalan kerana ada perkara yang hendak ditanyakannya. Emak Masita pula baru balik dari sawah baruh untuk melihat padi. Mereka berempat berbincang mengenai benih padi baru. Hamilah memberitahu kepada mereka bahawa Alang Dolah, Long Nemat, dan Pak Ajang Jusuh tidak bersetuju mengenai benih baru itu. Ketika bersiar-siar, Munirah cuba mengorek rahsia dan cerita sebenar dari Masita. Masita menafikan sekeras-kerasnya. Setelah mendengar penjelasan ikhlas dari Masita barulah Munirah merasa yakin dan gembira.

Pada pagi itu, seperti biasa Munirah sedang mengajar. Tiba-tiba Hamilah dating dan menyuruhnya pulang lekas kerana Masita sedang sakit teruk. Setibanya mereka dirumah, Munirah mendapati ramai orang yang berada disana termasuklah Alang Dolah yang pada pendapatnya akan menjampi Masita. Emak Rahmat keluar dari bilik dan menyuruh Munirah masuk kerana Masita memanggilnya. Ketika di bilik, dia mendapati Masita sedang terbaring lesu. Masita menceritakan kepada Munirah bahawa dia sebenarnya sudah hampir seminggu dua ini sakit dan dia merasakan bahawa harapannya untuk sembuh amat tipis. Munirah merasa sedih, dan sewaktu Rahmat berada disisinya barulah dia mengetahui yang Masita menghidap apendik. Rahmat menjelaskan bahawa mereka akan memecahkan tradisi kampung itu dan akan membawa kepada perbalahan jika Masita dibawa ke rumah sakit di samping masalah pengangkutan. Tiba-tiba Hamilah berteriak memanggil Munirah dan Rahmat. Di mana kemudian mereka mendapati Masita sudah menghembuskan nafas terakhirnya.

Dua minggu selepas Masita dikebumikan, suasana masih muram dan seluruh ahli keluarga Rahmat masih lagi bersedih meratapi kematina Masita. Munirah mendapati Hisyam juga berubah apabila melihat dia tidak lagi berminat untuk bercakap mengenai soal perkahwinan atau soal Salwa dan Masita. Hisyam juga kerap tidur di kedai Seman. Sejak pulang dari Batu Pahat, Hisyam terlalu sibuk dengan urusan balaknya sehingga membuatkan Munirah merasa kesunyian. Mujurlah Hamilah sering menemankannya dan mententeramkan jiwanya dengan jenakanya. Namun begitu hari-hari Munirah juga dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Lima hari seminggu dia akan mengajar di sekolah manakala sebelah petangnya pula dia akan mengajar kaum ibu dan gadis-gadis mengenai urusan rumah tangga. Pada sebelah malamnya pula dia akan mengajar Seman dan beberapa orang pemuda lain bermain gitar. Hisyam pula mengajar Seman dan beberapa orang lain belajar bahasa inggeris. Hisyam memberitahu Munirah tentang Seman yang bercita-cita hendak mengambil Peperiksaan Sijil Rendah pada tahun hadapan.

Di rumah, Munirah mendapati Hamilah sedang mengelamun di serambi seolah-olah berasa kesunyian. Munirah lantas memberikan biola kesayangannya kepada Hamilah kerana dia mahu Hamilah gembira. Setiap malam dia akan mengajar Hamilah cara memainkannya. Rahmat sudah seminggu tidak pulang ke rumah dan sekali lagi Munirah merasa kesunyian. Dua hari selepas itu Rahmat pulang ke rumah dan sekali lagi Munirah merasa kesunyian. Dua hari selepas itu Rahmat pulang dengan membawa perkhabaran gembira kerana usahanya telah menampakkan hasil yang pertama. Lantas itu dia bercadang untuk membuat kenduri dan menjemput semua orang kampung.

Pada sebelah petangnya, selepas mengajar, Munirah berpeluang menghabiskan masanya bersama-sama Rahmat kerana keesokan harinya Rahmat akan pergi lagi menguruskan kerjanya. Mereka berjalan-jalan di sekeliling kampung. Keesokan harinya Rahmat pun berangkat dan Munirah kesepian sekali lagi.

PERISTIWA PENTING

ü Dua tiga hari kemudian, Munirah sering termenung memikirkan sesuatu yang terjadi.

ü Munirah yakin perasaan Hisyam telah terluka walaupun dia telah memohon maaf daripada Hisyam

ü Munirah mengajak Masita berjalan-jalan kerana ada sesuatu yang ingin Munirah tanyakan kepada Masita.

ü Munirah bertanya kepada Masita adakah dia betul-betul hamil, Masita mengatakan bahawa dia tidak pernah melakukan perbuatan yang terkutuk itu.

ü Munirah merasa gembira setelah mendengar penjelasan dari Masita.

ü Hamilah telah menjemput Munirah pulang kerana Masita sakit teruk

ü Masita kelihatan lesu, Munirah cuba untuk mencari jenis penyakit yang dihidapi oleh Masita.

ü Masita menghidap penyakit apendik dan Munirah teringatkan seorang sahabatnya yang menghidap penyakit seperti ini dan menunjukkn tanda-tanda seperti Masita

ü Munirah mencadangkan supaya Masita di bawa ke rumah sakit tetapi Rahmat tidak mahu berbuat demikian

ü Rahmat menyatakan Masita tidak mempunyai harapan lagi dengan melihat keadaannya itu. Masalah lain ialah soal pengangkutan juga yang menyebabkan Masita tidak dapat dibawa ke hospital.

Masita akhirnya meninggal dunia. Hampir dua minggu sudah berlalu tidak kedengaran lagi gurau senda Hamilah.

ü Hisyam juga turut bersedih dengan kematian Masita dan gemar tidur di kedai Seman

ü Sejak pulang dari Batu Pahat, Rahmat terlalu sibuk dengan urusan balaknya yang mana membuatkan Munirah kesunyian. Mujurlah Hamilah mendamaikan jiwa dan perasaannya.

ü Munirah merasa sepi lagi kerana Rahmat pergi lagi keesokkan harinya untuk menjalankan kerjanya.

WATAK

· Rahmat

· Munirah

· Hisyam

· Hamilah

· Masita

· Seman

· Alang Dolah

· Pak Utih Rahman

· Emak Rahmat

· Abang Kasan

· Fatimah

· Long Nemat

· Salwa

· Pak Ajang Jusuh

· Rabini Kaur

PERWATAKAN

Munirah

§ Sangat mengambil berat tentang keadaan Masita

§ Sangat menyayangi dan mempercayai Masita seperti adik kandungnya sendiri

§ Selalu memikirkan kebahagiaan orang lain

§ Selalu merasa kesunyian kerana Rahmat pada masa ini sering sibuk dengan kerjanya sehingga dia tidak ada masa untuk menemankan Munirah

§ Mengajar Seman dan beberapa orang pemuda bermain gitar

§ Memberikan biola kesayangannya kepada Hamilah

Masita

§ Sering muntah-muntah sejak akhr-akhir ini.

§ Menghidap penyakit apendik dan akhiranya meninggal dunia

LATAR

Latar masa

Ø Dua tiga hari

Ø Pagi

Ø Dua minggu

Ø Petang

Ø Seminggu

Ø Setiap pagi, lima kali seminggu

Ø Setiap petang, tiga atau empat hari seminggu

Ø Dua tiga malam

Ø Petang selepas mengajar

Latar tempat

Ø Serambi rumah

Ø Dapur

Ø Kebun getah di belakang rumah

Ø Sawah

Ø Sawah baruh

Ø Batu Pahat

Ø Sekolah

Bilik Masita