Khamis, 5 Februari 2009

BAB 2: MUNIRAH – PENGALAMAN BARU

(A) SIPNOSIS

Munirah merasa gementar apabila ia menaiki perahu untuk menuju ke kampung Batu Ragi. Dalam perjalanan untuk menuju ke kampung Batu Ragi, mereka tersempak dengan Long Atan yang sedang menangkap ikan. Rahmat membeli dua ekor ikan baung yang sebesar lengannya dari Long Atan. Manakala, Seman dan Manaf mengalami kesukaran untuk mengayuh perahu mereka kerana airnya cetek dan mereka semua terpaksa turun untuk menolak perahu termasuk Munirah sendiri. Sebaik sahaja mereka tiba di sebuah pangkalan, mereka disambut dengan keriangan kanak-kanak. Lalu, keluarga Rahmat dan orang-orang kampung pun tiba setelah menyedari kedatangan mereka itu.

Rahmat juga memperkenalkan Munirah dan Hisyam kepada keluarganya. Kedatangan Munirah disambut dengan mesra oleh adik Rahmat iaitu Hamilah. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah, Munirah diperkenalkan dengan beberapa orang adik Rahmat iaitu Masita dan Fatimah. Sejurus itu, mereka duduk bersimpuh ditengah-tengah rumah manakala Munirah pula duduk menghadap Fatimah dan juga Hamilah untuk berbual-bual. Sementara itu emak Rahmat dengan Masita pula berada di dalam dapur. Selepas sahaja sembahyang Maghrib, Munirah membantu memasak di dapur. Kemudian datanglah Fatimah dengan anaknya yang belum sampai umurnya setahun yang diberi nama Muhammad Nasir. Sebelum menikmati makan malam, Hisyam, Rahmat dan juga Abang Katan iaitu suami Fatimah duduk berbual di ajung rumah manakala ayah Rahmat pula mengambil air sembahyang di perigi. Menjelang hampir tengah malam, barulah Munirah tidur setelah berborak lama dengan Hamilah.

Janji yang dibisikkan oleh Rahmat pada petang itu tidak ditunaikannya malah Munirah tidak menganggu tidur Rahmat kerana Munirah tahu suaminya pasti penat. Keesokkan harinya seperti biasa, Munirah bangun awal untuk membantu memasak di dapur.

(B)PERISTIWA PENTING

- Lebih kurang dua puluh tahun Rahmat menghabiskan masanya di Bandar.

- Rahmat meninggalkan kampung Batu Ragi sejak berusia dua belas tahun untuk belajar di Kuala Kangsar dan kemudiannya bekerja selama lima tahun.

- Mereka menaiki perahu untuk menuju ke kampung Batu Ragi kerana tiada kemudahan pengangkutan.

- Munirah dan Hisyam diperkenalkan oleh Rahmat kepada keluarganya di Kampun Batu Ragi.

- Kehadiran Munirah diterima dengan baik oleh keluarga Rahmat, suaminya terutamanya kedua orang tua Rahmat.

- Munirah berkenalan dengan adik Rahmat iaitu Fatimah dan Masita.

(C) WATAK

- Munirah

- Rahmat

- Hisyam

- Seman

- Manaf (watak sampingan)

- Lijah (anak Pak Ngah Lasim)

- Pak Utih Latih (ayah Seman)

- Jalil

- Long Atan

- Hamilah

- Fatimah

- Masita

- Usu Tengah

- Abang Katan (suami Fatimah)

- Usu Saat

- Pak Dagang

(D) PERWATAKAN

- Munirah

Munirah ialah isteri kepada Rahmat yang telah berkahwin selama 5 tahun tetapi belum lagi dikurniakan cahaya mata. Pada asalnya, Munirah bukanlah beragama Islam tetapi beragama Katholik dan nama sebelum Islamnya ialah Monique Magdelena Johnson D’cruz. Ayah Munirah ialah Dr.Anthony Johnson D’cruz yang merupakan seorang doctor persendirian di Ipoh manakala ibunya ialah Marie Koh D’cruz yang berketurunan Baba. Munirah memeluk agama Islam dua tahun selepas kematian Mother Teresa iaitu ibu keduanya di Gereja. Munirah mempunyai adik-beradik seramai 4 orang dan kesemuanya lelaki. Munirah mempunyai kemahiran sebagai amateur indoor-decorator.


- Rahmat

Rahmat merupakan anak kepada Pak Utih Rahman dan mempunyai 3 orang adik perempuan iaitu Fatimah, Masita dan juga Hamilah. Rahmat juga mempunyai seorang adik lelaki tiri sebapa iaitu Jalil. Sejak rahmat berusia 12 tahun, dia telah berhijrah ke Kuala Kangsar. Rahmat merupakan seorang yang keras kepala dimana dia mencabar Hisyam tentang pembangunan yang ingin dilakukannya di kampung Batu Ragi dan dia juga memaksa Hisyam untuk ikut bersamanya dalam membangunkan kampung Batu Ragi.

- Hisyam

Hisyam merupakan sahabat karib dengan Rahmat dan Munirah sejak di bangku sekolah lagi. Hisyam lahir dari sebuah keluarga yang senang dan segala perbelanjaan untuk belajar di universiti ditangung oleh keluarganya sendiri. Hisyam juga mencintai Munirah iaitu isteri sahabatnya sendiri. Walaubagaimanapun, Hisyam tetap menghormati Munirah sebagai isteri Rahmat.

- Hamilah

Adik kepada Rahmat yang bungsu sekali. Umur Hamilah sudah menjangkau enam belas tahun. Dia seorang yang periang dan becok mulutnya sejak kedatangan kakak iparnya ke kampung. Sifatnya yang sedikit lucu itu sering menimbulkan ketawa. Hamilah juga sering bangun lewat pada waktu pagi berbanding dengan kakak iparnya dan Masita yang bangun lebih awal darinya.

- Fatimah

Fatimah merupakan anak kedua daripada ibu bapa Rahmat yang sudah berkahwin dengan Abang Katan dan mempunyai 3 orang anak. Anak Fatimah yang tua sudah berumur lebih kurang empat tahun dan anaknya yang bungsu belum sampai setahun umurnya.

- Masita

Masita merupakan adik perempuan Rahmat yang kedua. Masita sudah berumur lebih kurang sembilan belas tahun dan juga telah pun bertunang dengan Azlan yang sedang belajar agama di Melaka. Pertunangan Masita dengan Azlan ini diaturkan oleh keluarga. Masita pada masa itu menyimpan perasaan suka terhadap Hisyam yang merupakan sahabat karib abangnya. Masita juga sangat rajin membantu ibunya di dapur. Ini dapat dibuktikan apabila abangnya pulang kampung, Masita tidak duduk berbual bersama Munirah malah dia membantu ibunya.

(E) LATAR TEMPAT

- Di dalam perahu

- Kampong Batu Ragi

- Di Dalam Dapur

- Di Ajung Rumah

- Di Dalam bilik Munirah dan Rahmat


(F) LATAR MASA
- Senja
-Hampir Tengah Malam

(G) PERSOALAN

Ada segelintir penduduk kampong Batu Ragi yang tidak menyukai kedatangan mereka. Walaupun Rahmat datang dari kampung tersebut tetapi dia dianggap sebagai orang luar kerana dia berkahwin dengan seorang wanita yang bukan berbangsa Melayu. Walaupun Munirah sudah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Rahmat, dia dianggap sebagai orang asing. Pengarang juga dapat melibatkan gambaran bahawa sesebuah masyarakat itu ingin maju, mereka hendaklah bersikap terbuka kerana tidak semua budaya luar itu berunsur negatif, disamping menggekalkan budaya lama yang menghalang kemajuan.

(G) UNSUR

- Pendidikan

Melihat keadaan penduduk di kampung Batu Ragi yang tidak berpendidikan telah membuatkan Rahmat, Hisyam dan juga Munirah untuk membangunkan sebuah sekolah untuk mendidik anak-anak yang berada di kampung tersebut. Namun begitu, penduduk kampung Batu Ragi tidak ketinggalan dengan pendidikan agama di mana Iman Jusuh dan Abang Katan iaitu suami Fatimah telah mengajar penduduk kampung mengaji.

- Kemunduran

Kemunduran yang jelas kelihatan di kampung Batu Ragi ialah dari segi pengangkutan dimana sewaktu Rahmat, Hisyam dan juga Munirah pulang ke kampung, Seman dan Manaf mengayuh perahu untuk menuju ke kampung Batu Ragi. Ini jelas menunjukkan bahawa keadaan kampung Batu Ragi tidak maju dengan ketiadaan jalan raya ataupun jambatan.


(ms 17 - 30)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan