Isnin, 23 Mac 2009

BAB 13 - HISYAM: ANTARA MEREKA, AKU TERCAPAI DITENGAH-TENGAHNYA

KAJIAN: ANNIE SUZANA SAMSUDIN (U6-1)

A)SINOPSIS

Pertemuan antara Masita dan Hisyam disekitar dusun mengeratkan lagi perhubungan mereka. Disana perbualan berkisar tentang ketelanjuran Hisyam dan kekasalan Masita tentang pertunangannya dengan Azlan. Keberadaan Hisyam dan Munirah di dusun bertujuan untuk mengumpulkan durian, sedangkan Rahmat ke hilir untuk menanyakan harga durian. Di Kedai Seman, Hisyamdisergah oleh Pak Ngah Baki dan kemudiannya minta diri kerana dirinya hendak pergi ke Kuala Lumpur untuk menghantar buah durian kepada anakanya yang masih menuntut di ITM. Ismail juga menyampaikan pesannan untuk berjumpa di Dusun Pak Ngah Baki bersama adiknya, Salwa kepada Hisyam dan diceritakan jua tetang dua kejayaan Rahmat.

B) PERISTIWA PENTING

1. Melalui surat Hisyam dan Munirah mendapat berita bahawa gaji sementara dari pejabat negeri diberikan sebagai guru di Kampong Batu Ragi desertakan juga boring permohonan bagi memajukan pembinaan masjid , sekolah dan balai raya untuk tahun-tahun dating.

2. Rahmat juga berjaya mendapatkan bantuan dan balak untuk pengubahsuaian jalan.

3. Hisyam memberikan cadangan untuk membuat syarikat supaya dapat menentapkan harga buah durianbertujuan agarh peraih dan pembeli buah durian mengikut harga yang ditetapkan.

4. Berita mengenai Jalil dan Rauf, berhubung dengan komunis. (jeram Panjang)

5. Permintaan Masita supaya Hisyam untuk memutuskan pertunangannnya denga Azlan.

6. Munitah merasa cemburu apabila Hisyam memberitahu tentang pertemuannya dengan Salwa.

C) WATAK

Diantaranya:

1. Rahmat

2. Masita

3. Ismail

4. Hisyam

5. Munirah

6. Seman

7. Pak Anjang (Syalang)

8. Latif

9. Dolah

D) LATAR MASA

1. Selepas Sembahyang Fardhu Isyak

2. Lewat Petang

E) LATAR TEMPAT

1. Perkerangan Rumah (perubahan Hisyam dan Munirah)

2. Kelbali dari Batu Pahat (menguruskan ‘ban balak’)

3. Kedai Seman (perubahan mengenai Jalil dan Rauf)

F) UNSUR PENTING

1) PERGAULAN BEBAS

Semasa Masita dan Hiysam berdua-duaan sehingga lewat petang disekitar sungai (dijeram kecil). Apabila Hisyam hendak mencari sesuatu untuk dilukis sabil berbual-bual dari sama-sama mencari sayur paku. Pertemuan HIsyam dan Salwa di Dusun Pak Ngah Baki pada malam hari.

2) PENYESALAN

Hisyam sekali lagi memohon maaf kepada Masita keranan perbuatannya pada malam itu. Pak Usu Ujang menyesal kerana Mahat menjual duriannya dengan harga dua puluh tiga sen sahaja serta penjual buah durian yang lain juga akan mendapat nasib yang sama. (buah-buahan dibeli dengan harga yang rendah).

3) BERFIKIRAN MATANG

HIsyam memikirkan tentang kemungkinan yang akan berlaku iaitu Salwa dan Maista apabila Hisyam memutuskan siapakah yang akan menjadi isterinya. Masita akan meraskan kecewa sehingga jiwa akan terganggu kerana segala harapannya akan terkubur apabila Hisyam memilih Salwa. Perasaan salwa juga akan merasa sedih dan orang-orang yang terlibat turut kecewa apabila Masita dijadikan Isteri Hisyam.

4) JENAYAH

Rauf dan Jaluil berhubungan dengan ‘orang baju hijau’ (komunis) tidak membawa segala berita ini belu diketahui umum hanya Hisyam dan Seman saja ynag tahu. Sumber pada mulanya dari Salayang yang ketika itu hendak Salayang melihat mejerat babi di Jeram Panjang. Selang nampak Rauf dan Jalil dengan orang baju hijau menukar barang.

5) PENGHARGAAN

Hisyam dan Munirah dikharbakan melalui surat dari Pejabat Pelajaran bahawa mereka diberika gaji sementara.

Jumaat, 6 Mac 2009

BAB 12 – MUNIRAH: ADA-ADA SAJA

DI KAJI OLEH: AMAL NADHIRAH RUSLI (U6-1)

A) SINOPSIS


Di subuh hari Jumaat, Rahmat dan penduduk kampung telah dikejutan dengan satu berita mengenai kebakaran kedai baru mereka bina. Kedai itu menelan belanja lebih kurang dua ratus lima puluh ringgit dicampur dengan tenaga yang tidak dapat dinilai. Mamat adalah orang yang mula-mula menyaksikan kejadian kebakaran tersebut apabila dia hendak membuang air. Pada waktu petang, Munirah menggesak biola manakala Hamilah tumpang menyumbangkan suara. Masita memerhati, mendengar dan tersenyum. Apabila Munirah memainkan irama lagu tudung periuk, Masita pun mula menyanyi. Munirah begitu kagum dengan suara merdu Masita dan dia memuji-muji akan kemerdukan suara Masita. Di waktu malam pula, Rahmat menceritakan kepada Munirah mengenai keindahaan Jeram Panjang dan Jeram Baduh. Mendengar cerita Rahmat, timbul satu minat yang ghairah di sanubari Munirah. Dia hendak membuat kajian terhadap tempat-tampat bersejarah yang baginya tidak patut dibiarkan ditelan zaman. Tiba pagi Hari Ahad berikutnya, Hisyam memberitahu kepada Munirah mengenai surat yang dikirimkan oleh Salwa kepadanya dengan bertulisan jawi yang mengandungi luahan hati iaitu bagaimana perasaan Salwa terhadap Hisyam dan hal kehidupannya semasa masih bersekolah dulu. Dia sangat-sangat berharap Hisyam dapat memberikan jawapan dengan segara. Petang Ahad pula, Rahmat beserta beberapa orang kampung bergotong-royong mendirikan kedai semula. Pembinaannya tidak di atas tapak asal tetapi dibina lebih kurang sepuluh ela jauhnya dari tapak asal yang mana hanya mengambil masa lebih tiga hari. Pada hari berikutnya lagi, Rahmat dan Seman pergi ke Bandar. Seterusnya kisah Jalil dan Rauf yang tidak pulang-pulang menjadi berita hangat. Makcik Saarah merasa risau tentang Jalil. Selepas itu, Kampong Batu Ragi didatangi oleh dua pasukan kerajaan iaitu pentabir daerah bersama dengan pegawai penempatan untuk menyelidiki dan mendaftar jumlah penduduk kampung yang tidak mempunyai tanah manakala pasukan kedua adalah pegawai dari risda.

B) PERISTIWA PENTING

1. Pada subuh Jumaat, Rahmat dan orang-orang kampung telah dikejutkan dengan suatu berita mengenai dengan satu kebakaran kedai baru yang mereka buat. Kedai itu menelan belanja lebih kurang dua ratus lima puluh ringgit. Mamat liat menjadi saksi kejadian kebakaran itu apabila di hendak membuang air.
2. Rahmat menceritakan kepada Munirah mengenai keindahan Jeram Panjang dan Jeram Baduh.
3. Hisyam memberitahu Munirah mengenai surat yang dikirimkan Salwa kepadanya.
4. Rahmat dan beberapa orang kampung bergotong-royong mendirikan kedai semula tetapi bukan di atas tapak asalnya. Sebagaimana yang disyorkan oleh Long Nemat iaitu dibina lebih kurang sepulh ela jauhnya dari tapak asal.
5. Rahmat dan Semab pergi ke Bandar setelah selesai pembinaan semual kedai yang hanya memakan lebih kurang tiga hari lamannya.
6. Kisah Jalil dan Rauf yang tidak pulang ke kampung menjadi berita hangat.
7. Kampong Batu Ragi telah didatangi oleh dua pasukan kerajaan iaitu Pihak Pentabir Daerah bersana dengan Pegawai penempatan untuk menyelidiki dan mendaftar jumlah penduduk kampung yang tidak mempunyai tanah manakala pasukan kedua adalah Pegawai dari Risda.

C) WATAK
1. Rahmat
2. Hisyam
3. Munirah
4. Masita
5. Hamilah
6. Seman
7. Salwa
8. Jalil
9. Rauf
10. Pak Utih Rahman
11. Saarah
12. Lijah
13. Pak Ngah Lasim
14. Tuk Alun
15. Long Nemat
16. Ismail
17. Latif
18. Manaf

D) LATAR TEMPAT
- Kawasan kedai terbakar
- Bandar
- Masjid
- Kedai Seman

E) LATAR MASA
- Subuh Jumaat
- Petang Jumaat
- Malan Jumaat
- Pagi Ahad
- Petang Ahad.

F) UNSUR PENTING

1. UNSUR LAGENDA
Penglima Melayu zaman dulu bernama Tuk Pandita Baduh. Beliau merupakan serang pahlawan yang menahan serangan musuh.

2. UNSUR METOS
Mengenai satu tempat namanya Batu dara. Batu tersebut menyerupai sepasang dara menunggu, yang mana mengisahkan si kakak menunggu tunangnya yang pergi belayar tidak pulang-pulang dan dipercayai begi sesiapa yang melintas tempat itu, tidak boleh berpaling memandang, nanti leher tidak boleh dipusing semula.

3. UNSUR GANJIL 
Di sebelah Hulu Batu asahan tersebut terdaat banyak Rotan Siam tumbuh maka disebelahnya hilirnya pulan tidak sebatang pun yang tumbuh. Ianya menjadi misteri dan tidak sesiapa yang tahu orang yang menanamnya hhingga kini.

BAB 11 - HISYAM: LAGI MEMBATANG RINTANGAN

DIKAJI OLEH: NUR KHAIRUNNISA BINTI MAIDIN (U6-3)

(1) SIPNOSIS


Berita mengenai persetujuan Long Nemat untuk membenarkan projek pembinaan jalan raya yang dibina di depan rumah Long Nemat membuatkan Rahmat dan Hisyam gembira. Jalan tersebut pada asalnya akan dibina menyimpang ke hulu hingga melalui tanah Pak Ngah Baki. Tetapi masalah telah timbul apabila Pak Ngah Baki mengambil sikap dingin terhadap mereka iaitu Rahmat dan Hisyam. 

Dalam perjalanan untuk menemui Pak Ngah Baki di rumahnya, Rahmat dan Hisyam hanya disambut oleh Mak Ngah Saeram kerana Pak Ngah Baki pergi ke hilir. Keesokkan paginya, Rahmat bertemu dengan Pak Ngah Baki yang sedang membonceng motosikal Rauf dan menjemput Rahmat dengan Hisyam datang ke rumahnya pada malam itu. Pada petang itu, Hisyam akan memberi ceramah mengenai ekonomi di sekolah walaupun syarahannya itu tidak setanding dengan syarahan di universiti. Dalam ceramah ini, Hisyam ada menyentuh soal cottage industry di mana ada beberapa orang yang berbakat dalam membuat sesuatu barang yang selama ini tertimbus oleh kemunduran dan permintaan yang negatif. Antaranya ialah Abang Kasan yang pandai membuat parang walaupun dia sedikit cacat.

Berbagai-bagai jenis pembaharuan yang ingin Hisyam buat seperti membuka kedai rotan. Hisyam juga ingin membuat bangsal memasak dan menggosok rotan yang telah dipelajarinya daripada Pak Utih Rahman. Setelah bangunan sekolah ditinggalkan oleh orang-orang kampong, Hisyam mengingatkan Rahmat mengenai kontrak Hisyam yang selama 3 tahun itu. Munirah pula menyuruh Hisyam untuk menyambung kontraknya untuk setahun dua tetapi dengan pantas Hisyam menolaknya.

Pada malam itu, Rahmat dan Hisyam pergi ke rumah Pak Ngah Baki seperti yang dijanjikan. Pak Ngah Baki telah bersetuju membenarkan Rahmat dan Hisyam untuk menjalankan rancangan mereka dalam membina jalan yang melalui tanahnya itu. Sejak pembinaan jalan itu berjaya, Jalil dengan motosikal telah membuat bising di hadapan sekolah dengan membunyikan hon di mana kanak-kanak telah membelakangkan pelajaran yang sedang diajar oleh Munirah dan Hisyam. Ini membuatkan Hisyam merasa tercabar dan hilang kesabaran dengan kelakuan Jalil.

Rahmat, Hisyam dan juga Seman juga telah pergi ke Gemas untuk membeli kayu dan papan untuk membina rumah Long Nemat. Semasa di Gemas, Seman menceritakan mengenai Lijah yang cuba untuk membunuh diri dan Seman juga bercadang untuk mengahwini Lijah memandangkan Seman suka dengannya tetapi terhalang dengan keadaannya yang miskin.

Khabar Seman untuk menikahi Lijah telah pun heboh sekampung. Utih Latih dan Mak Utih Latih serta keluarga Lijah tidak banyak bicara dan mereka hanya curiga kalau pisang berbuah dua kali. Setelah perundingan yang mendapat persetujuan waris, ijab-kabul di antara Seman dan Lijah akan berlangsung selepas musim buah. Jalil dan kuncu-kuncunya tidak melepaskan peluang untuk mengejek dan menyindir Seman dan Lijah serta keluarga mereka.

Hisyam, Rahmat, Seman dan juga Long Nemat bergotong royong membina kedai Seman dan ia hanya memakan masa selama seminggu sahaja. Selepas itu, mereka beralih pula untuk membina rumah Long Nemat. Ramai juga yang datang turut membantu dalam pembinaan rumah Long Nemat walaupun dengan ketiadaan Pak Dagang dan akhirnya pembinaan rumah Long Nemat telah pun siap.

Sewaktu Munirah dan Hisyam mengajar, kedengaran bunyi motosikal Jalil. Hisyam dengan lembutnya menegur Jalil supaya jangan membuat bising di hadapan sekolah. Dengan marah, Jalil berlalu pergi dengan motosikalnya. Sebaik sahaja waktu rehat, Jalil bersama Rauf datang beramai menuju ke sekolah. Berlakulah satu pertengkaran di mana Hisyam menentang Rauf yang membela anak buahnya iaitu Jalil. Dalam kesibukkan Hisyam bertarung dengan Rauf, kedengaran satu suara yang menjerit nama Jalil dan orang itu adalah Pak Ngah Baki. Pada hakikatnya, Pak Ngah Baki sengaja meleraikan pergaduhan Hisyam dengan Rauf kerana Pak Ngah Baki tidak mahu anak buahnya tewas memandangkan mereka adalah keturunan pahlawan.

Ketika Seman, Hisyam, Latif dan Manaf sibuk menanam pokok-pokok buah disekeliling kawasan sekolah dan kawasan yang berhampiran, Manaf merasa terkejut dengan kata-kata Seman. Manaf tidak menyangka kalau Hisyam akan berada di kampong Batu Ragi hanya selama 3 tahun dan selepas itu akan balik semula ke Perak. Sebaik sahaja selesai menanam pokok-pokok tersebut, Manaf memberikan Hisyam sepucuk surat dari Salwa, anak Pak Ngah Baki. Berhari-hari Hisyam tidak membaca surat tersebut kerana dia takut ditipu lagi. 

Perbualan Hisyam dengan Manaf terhenti apabila Seman tiba dengan wajahnya yang muram dan marah. Seman yang baru sahaja pulang dari hilir, dari rumah Lijah telah menceritakan mengenai Jalil yang ingin berbalik semula dengan Lijah. Inilah yang membuatkan Seman muram dan marah.

(2) PERISTIWA PENTING
1. Hisyam merasa gembira apabila mendengar berita mengenai persetujuan yang diberikan oleh Long Nemat.
2. Pak Ngah Baki telah mengubah fikirannya untuk tidak membenarkan pembinaan jalan dijalankan di mana jalan tersebut pada mulanya dibina menyimpang ke hulu hingga melalui tanah Pak Ngah Baki.
3. Hisyam memberi ceramah kepada orang-orang kampung mengenai ekonomi di sekolah.
4. Hisyam ingin membuka kedai rotan serta membuat bangsal memasak dan menggosok rotan.
5. Rahmat dan Hisyam pergi ke rumah Pak Ngah Baki untuk memujuk Pak Ngah Baki supaya membenarkan pembinaan jalan yang melalui tanahnya dan akhirnya Pak Ngah Baki bersetuju juga.
6. Pembinaan jalan-jalan kampung yang dirancang telah pun selesai dan kebanyakkan penduduk-penduduk kampung merasa gembira apabila menggunakannya.
7. Hanya Pak Ngah Baki dan keluarganya, Rauf, Jalil dan ibunya, Imam Jusuh dan Darwiah, Ucu Saat dan Pak Dagang sengaja menunjukkan keangkuhan dan ego mereka.
8. Ucu Saat dan Pak Dagang merasa terancam kerana tol pengangkutan mereka berkurang dengan adanya jalan yang baru sahaja siap dibina. 
9. Berita mengenai kehamilan Lijah sudah pun diketahui oleh penduduk kampung dan Mak Cik Saarah bermati-matian membela Jalil.
10. Jalil membuat bising dengan membunyikan hon motosikal suzukinya di hadapan bangunan sekolah dan ini menyebabkan kanak-kanak membelakangkan pelajaran yang sedang diajar. 
11. Hisyam merasa tercabar dengan kelakuan Jalil yang sering menggangu kanak-kanak yang sedang belajar dengan membuat bising di hadapan bangunan sekolah.
12. Hisyam ingin membuat perhitungan dengan Jalil. Hisyam ingin memberi Jalil dua peluang, pertama Hisyam akan membiarkannya saja dan yang kedua Hisyam akan bertindak.
13. Rahmat, Hisyam dan juga Seman pergi ke Gemas untuk membeli papan dan kayu untuk membina rumah Long Nemat.
14. Seman mengkhabarkan mengenai Lijah yang ingin membunuh diri di Sungai Muar.
15. Seman ingin mengahwini Lijah dan ijab-kabulnya akan berlangsung selepas musim buah.
16. Rahmat, Hisyam, Seman, Long Nemat dan beberapa orang penduduk kampong telah bergotong royong membina rumah Long Nemat.
17. Hisyam telah bertengkar dengan Rauf di hadapan sekolah kerana Hisyam menegur Jalil yang telah membuat bising di hadapan sekolah.
18. Hisyam menerima sepucuk surat daripada Salwa, anak Pak Ngah Baki.
19. Jalil ingin berbaik semula dengan Lijah, bakal isteri Seman.

 
(3) WATAK
1. Rahmat 13. Pak Dagang
2. Munirah 14. Ucu Saat
3. Hisyam 15. Hamilah
4. Pak Ngah Baki 16. Masita
5. Jalil 17. Darwiah
6. Rauf 18. Imam Jusuh
7. Mak Cik Saeram 19. Mak Cik Saarah
8. Salwa 20. Lijah
9. Long Nemat 21. Ismail
10. Long Nermah 22. Manaf
11. Abang Kasan 23. Latif
12. Long Atan

(4) LATAR TEMPAT/MASA
Tempat:
1. Di tangga rumah Pak Utih Rahman
2. Rumah Pak Ngah Baki
3. Lorong jalan di kawasan Long Nemat
4. Di hadapan sekolah
5. Di hulu
6. Di hilir
7. Sungai Muar
8. Di Gemas
9. Di hadapan kedai Seman
Masa:
1. Pagi
2. Petang
3. Selepas maghrib
4. Lewat petang
5. Tiga hari masuk keempat
6. Waktu sembahyang Asar
7. Hari Jumaat
8. Malam
9. Sehingga pukul sebelas setengah
10. Lewat rembang
11. Kelmarin

(5) PERSOALAN
Sebahagian penduduk kampung Batu Ragi menentang pembaharuan yang ingin dicapai oleh Rahmat, Munirah dan juga Hisyam. Di antaranya ialah Long Nemat, Ucu Saat, Pak Dagang, Imam Jusuh, Pak Ngah Baki, Mak Cik Saarah, Jalil, Rauf serta beberapa orang lagi. Mereka ini menentang kemajuan yang dibawa oleh Rahmat atas sebab-sebab yang tertentu tetapi alasan mereka ini adalah berdasarkan kepentingan mereka sendiri.

(6) UNSUR
1. Kemasyarakatan 
Sifat bergotong royong merupakan salah satu amalan di kampong Batu Ragi di mana penduduk kampung telah bersepakat untuk membantu Rahmat, Hisyam, Seman dan juga Long Nemat untuk membina rumah Long Nemat. 
2. Pendidikan
Hisyam dan Munirah mengajar kanak-kanak di kampong Batu Ragi yang berumur dalam lingkungan 7 tahun hingga 12 tahun sahaja. Mendidik anak-anak di kampong merupakan salah satu pembaharuan yang ingin dibawa oleh Rahmat, Munirah dan juga Hisyam walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan penentangan daripada sesetengah pihak.
3. Penghinaan
Jalil dan kuncu-kuncunya serta Mak Cik Saarah menghina Seman dan Lijah kerana Seman dianggap mengambil sepah yang telah dibuang. Mak Cik Saarah benar-benar mencari keburukkan dan kebusukkan yang ada pada diri Lijah dan kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia menerkam Lijah di hadapan orang ramai. Seman juga kini telah menjadi sampah apabila Mak Cik Saarah memandangnya.
4. Ekonomi
Ceramah yang dibincangkan bersama Hisyam begitu menarik minat penduduk kampung untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara-cara mendapatkan wang mengikut kemampuan orang-orang kampung, membelanjakan wang, menyimpan dan menyelamatkan wang daripada membazir. Disamping itu juga, dengan perkembangan yang mungkin timbul dengan adanya jalan keluar, peredaran kewangan orang kampung akan menjadi ligat.

BAB 10 - RAHMAT: KERANA KAMI PUNCA KEKUSUTAN?

DIKAJI OLEH: ROZIELINA BINTI ZINI (U6 -3)

SIPNOSIS

Pada subuh yang hening itu, Rahmat sedang memrhatikan gelagat kebiasaan harian penduduk kampong. Penghidupan dan perjalanan waktu yang berlaku itu terus tanpa ada perubahan Cuma terlukarasa penghuni - penghuni rumah ketua kampong sudah pun berubah. Pada masa iatu Rahmat merasakn dirinya sungguh celaka kerana dia beranggapan itu adalah anggapan orang kampong terhadap mereka bertiga (Rahmat, Munirah, Hisyam ). Ini adalah disebabkan ayahnya yang telah digugat jawatannya untuk menjadi ketua Kampung.
Pada bab ini Rahmat merasakan usaha Nya semakin banyak mendapat tentangan orang-orang kampong Batu Ragi. Segala perancangan Rahmat seakan-akan dihalang oleh pihak-pihak yang tertentu yang begitu menyemburuinya. Orang yang paling kuat menentang niat baik Rahmay adalah ibu tiri Rahmat( Saarah ) dan juga abangnya. Munirah dituduh sebagai Islam celup, manakala Hisyam pula dituduh sebagai pemusnah akhlak dan masalah social dikalangan masyarakat mda di kampong itu dengan sebab persatuan yang didirikannya.
ISI – ISI PENTING
• Rahmat menyesali kepulangannya kekampung Batu Ragi apalagi bersama teman(Hisyam) dan Istrinya (Munirah) yang dianggap celaka bagi orang kampong serta menyebabkan jawatan ayahnya sebagai ketua kampong tergugat.

• Kedatangan Seman mengkhabarkan tentang punca kekusutan berpunca dari ibu tiri nya dan juga Pak Ngah Baki.


• Munirah dikatakan sebagai islam celup oleh Pak Imam Jusuh yang berpehak kepada Pak Ngah Baki. Begitu juga dengan Long Nemat yang awal-awal lagi telah menentang projek pembinaan jalan yang diusahakan oleh Rahmat sendiri.

• Penubuahan persatuan Belia yang ditubuhkan oleh Hisyam ditentang oleh orang kampong kerana mereka beranggapan akan dikhuatiri merosakkan akhlak anak-anak muda kampung yang akan bebas bergaul.
• Seman telah pun menyebut tentang Drawiah (anak gadis Pak Imam Jusuh) yang menulis surat kepada Hisyam bertujuan untuk menggoda dan mengajak Hisyam berkahwin. Demi menutup malu dan menyelamatkan dir Pak Imam Jusuh telahpun menuduh bahwa Hisyam lah yang menulis surat itu kepada anaknya (Drawiah).

• Perhubungan Hisyam dan Masitah telah dapat dihidu oleh Rahmat dan dia menyetujuinya dengan itu sia berharap perkara itu akan dapat menghalang Hisyam untuk pulang keBandar, iaitu apabila sekiranya Hisyam dan Masita berkahwin dan melahirkan zuriat. Kerana itu bangkitlah masalah Rahmat dan Munirah yang tidak dikurniakan anak walaupun telah 5 tahun berkahwin.

• Pembinaan Jambatan konkrit bari di sungai Gatal yang lebih kukuh dan besar.

• Hisyam dan Rahmat telah berkunjung kerumah Long Nemat untuk berbincang tentang projek pembinaan jalan, namun ditolak mentah-mentah oleh Long Nemat kerana kepercayaan Karut seperti~.

• Diakhir bab ini, Seman telah pun mengkhabarkan tentang Jalil dan Lijah telah pun putus tunang kerana khabar angin tentang Lijah mengandung telahpun tersebar. Kemudian dikatakan Lijah berlaku curang.

WATAK DAN PERWATAKAN
1) RAHMAT- Adalah seorang anak kepada Tok Naib dari kampong pendalaman. Di tidak pernah berputus asa. Rahmat bersedia meghadapi segala penentngan orag kampung dan tidak berhasrat untuk membatalkan niatnya untuk memajukan kampung.

2) MUNIRAH ( istri kepada Rahmat.) – dia taat kepada ugama ini ditunjukkan apabila Munirah sedang tidur, Rahmat mengejutkannya lalu Munirah lekas bangun untuk mengerjakan sembahyang.

3) HISYAM – BEliau adalah sahabat baik bagi Rahmat yang sama-sama menuntut di Maktab Kuala Kangsar sehingga ke Universiti.

4) PAK NGAH Baki – Adalah bapa saudara Rahmat dan beliau adalah abang sulung ibu turu Rahmat (Saraah). Dia adalh seorang yang tegas dan pentingkan diri sendiri sifatnya ini Nampak apabila die membatalkan perjanjian usahasama dengan Rahmat Tanpa menjelaskan apa sebabnya dan tidak mahu ambil tahu tentang projek yang diusahakan oleh Rahmat di kampungnya.

5) – Long Nemat – dia adalah seorang Pawang dia juga seorang yang tegas seperti Pak ngah Baki dan dia terlalu mempercayai mistik ini dapat dilihat apabila dia tidak mengubah keputusannya walaupun Rahmat memujuk untuk diberi kebenaran membuat jalan di atas tanahnya, dia juga menetang pebinaan itu atas alasan kepercayaan tahyul.
6) Seman - Dia adalah sahabat yang setia dan suak menolong orang sifatnya ini terlihat apabila dia menyokong Rahmat, Hisyam dan Munirah dalam segala usaha mereka, malah melaporkan segala perkembangan di kampung mereka.

LATAR MASA DAN TEMPAT.
• Pagi
• Petang
• Malam.
• Rumah Rahmat
• Kampung Batu Ragi
• Rumah Long Nemat.

PERSOALAN :
Mengapakah ada segelintir penduduk kampung yang begitu kuat menentang niat baik Rahmat, Hisyam dan munirah untuk membawa kemajuan kepada Kampung Tersebut?

UNSUR:
• Konflik – penentangan yang terpaksa diallui oleh Ramat,Munirah dan Hisyam.
• Mistik – kepercayaan traditional yang diamalakan oleh bebrapa oarng Kampung Batu Ragi.

BAB 9 - HISYAM : APABILA PINGITAN MULA MELEPASKAN LINGKARANNYA

DIKAJI OLEH: ABD. HALIM PUTEH (U6-1)

A) SINOPSIS

Sekarang Pak Usu Ujang kembali pulih, dia sudah berani berjalan-jalan ke kedai, masjid dan ke Rumah Rahmat. Usahanya kembali giat, apabila Jalil sekarang telah memeliki sebuah motosikal, dia menunggannya dengan laju dan enjinnya sengaja diraungkan sekuat mungkin, dan sebanyak dua kali dia nyaris-nyaris melanggar seorang kanak-kanak. Namun, orang kampung tidak berani menegurnya kerana beliau anak ketua kampung. Selain itu, Rahmat telah dipuji keranan dia telah membina jalan bagi memudahkan mereka mengenal aiskrim. Sebelum ini banyak kanak-kanak tidak menegertahui aiskrim dan keenakannya. Walaubagaimanapun, Rahmat juga dipersalahkan di atas pembinaan jalan raya. Ini berpunca kanak-kanak sering meminta duit untuk membeli aiskrim dan ada juga diantaranya yang mengalami batukk dan dipersalahkan diatas kebajikannya. Pada masa yang sama, Jalil sering membawa kawan-kawannya seramai empat orang ke Kampong Batu Ragi. Di atas sikapnya itu, Rahmat membuat andaian kemungkinan Jalil adalah seorang penagih dadah semenjak berhubungan dengan kawan-kawannya.

Manakala Munirah sudah mempunyai dua orang musuh iaitu Jalil dan Bidan Tua, sebelum ini Munirah telah menjadi bidan kepada Fatimah yang selamat melahirkan anak. Munirah cuba mendedahkan kepada Fatimah mengenai perubatan moden, namun Bidan Tua itu mengugut meninggalkan Fatimah, jika dia tidak menurut katanya. Bulan depan. Selepas menjual getah, Rahmat merancang mengadakan satu syarikat kerjasama dengan keahlian diberi kepada sesiapa yang ingin memiliki saham. Pak Utih Rahman (Ayah Rahmat) selaku ketua Kampong Batu Ragi telah menceritakan kepada Rahmat dan Hisyam bahwa orang kampung tidak mahu dia menjadi ketua kampung lagi kerana sikap Rahmat, Hisyam dan Munirah. 

B) PERISTIWA PENTING

1. Jalil membeli motosikal.
2. Kanak-kanak membeli aiskirim.
3. Ayat Rahmat iaitu Pak Utih Rahman telah memberitahu kepada Rahmat dan Hisyam bahawa orang kampung semua tidak mahu beliau menjadi ketua kampung lagi.
4. Rahmat telah mengandaiakan bahawa adik tirinya, Jalil kini menjadi seorang penagih dadah.
5. Munirah mempunyai 2 musuh iaitu Jalil dan Bidan Tua.
6. Fatimah berjaya melahirkan anak dengan bantuan Munirah dengan menggunakan perubatan moden.

C) WATAK DAN PERWATAKAN

1. RAHMAT
Rahmat adalah suami kepada Munirah. Beliau adalah aeorang yang banyak bertanggungjawab dalam hal-hal kampung saja.

2. HISYAM
Sebagai sahabat kepada Rahmat dan Munirah. Dia juga turut membantu dalm perkembangan kemajuan kampung.

3. MUNIRAH
Beliau adalah isteri, sebagai Bidan semetara dan juga sebagai wanita perubatan moden yang menagaskan terhadap orang kampung.

4. JALIL
Jalil adalah seorang penangih dadah bersama-sama dengan teman-temannya. Seorang yang suka membuat bising dengan motosikalnya.

5. BIDAN TUA
Seorang yang sudah lanjut umurnya yang menolong kaum isterinya yang bersalin melahirkan anak.

D) LATAR MASA

 
i. Pagi
ii. Petang
iii. Tengah hari
iv. Bulan depan
 

E) LATAR TEMPAT

 
i. Pejabat Daerah
ii. Balai Raya
iii. Masjid
iv. Sekolah
v. Rumah Fatimah
vi. Padang Bola Sepak.
 





F) UNSUR PENTING

i. Unsur Kemajuan Moden. 
Jalil memeliki motosikal yang ditunggangnya di jalan raya yang siap sepenuhnya oleh Rahmat dan penduduk kampung. Ditambah lagi, apabila kanak-kanak itu mengenal dan mengetahui aiskrim. Disamping itu, Munirah menggunakan perubatan moden kepada Fatimah apabila beliau melahirkan anak.


ii. Unsur Negatif.

Unsur ini dapat dilihat apabila Ibubapa menyelahkan Rahmat tentang pembinaan jalan raya yang berpunca kanak-kanak sering meminta duit untuk membeli aiskrim ada juga diantaranya yang mengalami batuk. Bidan Tua membantah dengan perubatan modern yang didedahkan oleh Munirah kepada Fatimah yang selamat melahirkan anak. Ini kerana Munirah telah mengacau hasil mata pencarian Bidan Tua.

BAB 8 - MUNIRAH : JALAN SUDAH DIRINTIS TAPI HATIKU…

DIKAJI OLEH: SITI ZUBAIDAH HAJI ABD. KADIR (U6-6)

SINOPSIS

Sakit Pak Usu Ujang beransur pulih apabila dijampi oleh Pak Alang Dolah. Disamping itu Rahmat berehat selama beberapa hari sebagai tanda hormat terhadap Pak Usu Ujang. Dia kembali meneruskan usahanya dalam pembinaan jalan setelah mendapat keizinan ayahnya. Dalam masa seminggu, dua jambatan telah pun siap dibina dengan pertolongan beberapa orang sukarelawan. Sebulan kemudian, sebatang jalan kayu balak yang berukuran kira-kira dua batu setengah dari kawasan kampong telah pun siap dibina.

Penduduk kampong merasa terpegun apabila melihat Rahmat dan Hisyam menunggang motosikal melalui ‘jalan rakyat’. Perkara ini menyebabkan Jalil dan kuncu-kuncunya merasa cemburu. Pada petang itu, Rahmat pun mengajar Seman tentang cara-cara menunggang motosikal. Setelah itu Seman rebah kerana tidak tahu cara pengunaan brek untuk memberhentikan enjin motosikal itu. Apabila Rahmat dan Hisyam pulang dari dusun mereka dikejutkan dengan berita bahawa Pak Usu Ujang sakit kembali.

Selepas itu, Munirah pun bersiap sedia ke sekolah untuk mengendalikan Kursus mengenai rumah-tangga yang dihadiri oleh kaum wanita Kampung Batu Ragi. Kursus ini mendapat sambutan yang memuaskan sehingga waktu petang, ditambah lagi dengan sesi perbincangan yang diadakan oleh Munirah dengan pertolongan daripada inspirasi ayahnya sendiri dan juga beberapa orang jururawat dari Persatuan Kebangsaan Perancang Keluarga Malaysia.

PERISTIWA PENTING

1. Pak Alang Dolah menjampi Pak Usu Ujang sehingga ia sembuh.
2. Sukarelawan menolong Rahmat dalam pembinaan jalan dan berhasil membina dua buah jambatan.
3. Orang kampong terpegun melihat motorsikal yang ditunggang oleh Rahmat dan Hisyam sehingga menyebabkan Jalil dan kuncu-kuncunya merasa cemburu.
4. Pak Usu Ujang mengalami sakit yang teruk kembali.
5. Munirah mengadakan kursus mengenai rumahtangga.

WATAK

1. Munira. 6. Ayah Rahmat
2. Rahmat. 7. Seman.
3. Hisyam. 8. Jalil dan kuncu-kuncunya.
4. Pak Usu Ujang. 9. Masita.
5. Pak Alang Dolah. 10. Orang Kampung.

PERWATAKAN

1. Rahmat.
Dia adalah suami kepada Munirah yang juga merupakan seorang yang cekal dan gigih dalam memajukan Kampung Batu Ragi dan meninggikan taraf orang kampung. Dia juga telah mengajar Seman menunggang motosikal.

2. Munirah.
Perempuan ini merupakan isteri kepada Rahmat yang menjadi guru bagi kursus rumahtangga dalam menasihati orang kampung.

3. Hisyam.
Hisyam ialah sahabat kepada Rahmat dan juga membantu memajukan Kampung Batu Ragi.

4. Pak Usu Ujang.
Beliau merupakan orang kampung yang turut memberi semangat dalam bergotong- royong dalam memajukan kampung Batu Ragi. Beliau ditimpa kemalangan ketika pembinaan jalan.

5. Pak Alang Dolah.
Alang Dolah ini adalah seorang dukun di Kampung Batu Ragi. Dia telah menjampi Pak Usu Ujang yang tidak sedarkan diri.

6. Seman.
Dia adalah kawan kepada Rahmat yang gigih menolong kerja-kerja di kampung itu. Dalam bab ini dia mempelajari cara-cara menunggang motosikal dari Rahmat dan sempat gugur kerana tidak dapat mengendalikan brek.

7. Masita.
Masita merupakan adik kepada Rahmat dan juga tunang kepada Azlan. Dia sangat rajin dalam bab masak-memasak.

LATAR MASA

1. Pada pagi sabtu.
2. Semasa tengah hari.
3. Selepas sembahyang zohor.
4. Pada Lewat petang sabtu.

LATAR TEMPAT

1. Kampung Batu Ragi.
2. Kedai.
3. Serambi rumah.
4. Hutan dan belukar.
5. ‘Jalan rakyat.’
6. Dusun durian.
7. Dapur.
8. Bilik Rahmat dan Munirah.
9. Bangunan sekolah
10. Perkarangan rumah.

UNSUR PENTING

UNSUR KEKELUARGAAN
Unsur yang baik ini dapat dilihat apabila sekumpulan sukarelawan bergotong-royong dalam sama-sama membina jalan dan jambatan di Kampung Batu Ragi. Di samping itu, unsur kekeluargaan ini juga dapat kita ketauhi apabila Munirah mengadakan kursus mengenai rumahtangga dengan kaum wanita di Kampung Batu Ragi.

UNSUR KEMAJUAN
Kemajuan ini dapat dibuktikan apabila projek pembinaan jalan dan jambatan di kampung tersebut dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Sedikit demi sedikit orang kampung dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

UNSUR KECEMBURUAN.
Ia adalah unsur negatif yang ada pada diri Jalil dan kuncu-kuncunya setelah melihat Rahmat dan Hisyam menunggang motorsikal buat pertama kalinya di Kampung Batu Ragi.