Jumaat, 6 Mac 2009

BAB 10 - RAHMAT: KERANA KAMI PUNCA KEKUSUTAN?

DIKAJI OLEH: ROZIELINA BINTI ZINI (U6 -3)

SIPNOSIS

Pada subuh yang hening itu, Rahmat sedang memrhatikan gelagat kebiasaan harian penduduk kampong. Penghidupan dan perjalanan waktu yang berlaku itu terus tanpa ada perubahan Cuma terlukarasa penghuni - penghuni rumah ketua kampong sudah pun berubah. Pada masa iatu Rahmat merasakn dirinya sungguh celaka kerana dia beranggapan itu adalah anggapan orang kampong terhadap mereka bertiga (Rahmat, Munirah, Hisyam ). Ini adalah disebabkan ayahnya yang telah digugat jawatannya untuk menjadi ketua Kampung.
Pada bab ini Rahmat merasakan usaha Nya semakin banyak mendapat tentangan orang-orang kampong Batu Ragi. Segala perancangan Rahmat seakan-akan dihalang oleh pihak-pihak yang tertentu yang begitu menyemburuinya. Orang yang paling kuat menentang niat baik Rahmay adalah ibu tiri Rahmat( Saarah ) dan juga abangnya. Munirah dituduh sebagai Islam celup, manakala Hisyam pula dituduh sebagai pemusnah akhlak dan masalah social dikalangan masyarakat mda di kampong itu dengan sebab persatuan yang didirikannya.
ISI – ISI PENTING
• Rahmat menyesali kepulangannya kekampung Batu Ragi apalagi bersama teman(Hisyam) dan Istrinya (Munirah) yang dianggap celaka bagi orang kampong serta menyebabkan jawatan ayahnya sebagai ketua kampong tergugat.

• Kedatangan Seman mengkhabarkan tentang punca kekusutan berpunca dari ibu tiri nya dan juga Pak Ngah Baki.


• Munirah dikatakan sebagai islam celup oleh Pak Imam Jusuh yang berpehak kepada Pak Ngah Baki. Begitu juga dengan Long Nemat yang awal-awal lagi telah menentang projek pembinaan jalan yang diusahakan oleh Rahmat sendiri.

• Penubuahan persatuan Belia yang ditubuhkan oleh Hisyam ditentang oleh orang kampong kerana mereka beranggapan akan dikhuatiri merosakkan akhlak anak-anak muda kampung yang akan bebas bergaul.
• Seman telah pun menyebut tentang Drawiah (anak gadis Pak Imam Jusuh) yang menulis surat kepada Hisyam bertujuan untuk menggoda dan mengajak Hisyam berkahwin. Demi menutup malu dan menyelamatkan dir Pak Imam Jusuh telahpun menuduh bahwa Hisyam lah yang menulis surat itu kepada anaknya (Drawiah).

• Perhubungan Hisyam dan Masitah telah dapat dihidu oleh Rahmat dan dia menyetujuinya dengan itu sia berharap perkara itu akan dapat menghalang Hisyam untuk pulang keBandar, iaitu apabila sekiranya Hisyam dan Masita berkahwin dan melahirkan zuriat. Kerana itu bangkitlah masalah Rahmat dan Munirah yang tidak dikurniakan anak walaupun telah 5 tahun berkahwin.

• Pembinaan Jambatan konkrit bari di sungai Gatal yang lebih kukuh dan besar.

• Hisyam dan Rahmat telah berkunjung kerumah Long Nemat untuk berbincang tentang projek pembinaan jalan, namun ditolak mentah-mentah oleh Long Nemat kerana kepercayaan Karut seperti~.

• Diakhir bab ini, Seman telah pun mengkhabarkan tentang Jalil dan Lijah telah pun putus tunang kerana khabar angin tentang Lijah mengandung telahpun tersebar. Kemudian dikatakan Lijah berlaku curang.

WATAK DAN PERWATAKAN
1) RAHMAT- Adalah seorang anak kepada Tok Naib dari kampong pendalaman. Di tidak pernah berputus asa. Rahmat bersedia meghadapi segala penentngan orag kampung dan tidak berhasrat untuk membatalkan niatnya untuk memajukan kampung.

2) MUNIRAH ( istri kepada Rahmat.) – dia taat kepada ugama ini ditunjukkan apabila Munirah sedang tidur, Rahmat mengejutkannya lalu Munirah lekas bangun untuk mengerjakan sembahyang.

3) HISYAM – BEliau adalah sahabat baik bagi Rahmat yang sama-sama menuntut di Maktab Kuala Kangsar sehingga ke Universiti.

4) PAK NGAH Baki – Adalah bapa saudara Rahmat dan beliau adalah abang sulung ibu turu Rahmat (Saraah). Dia adalh seorang yang tegas dan pentingkan diri sendiri sifatnya ini Nampak apabila die membatalkan perjanjian usahasama dengan Rahmat Tanpa menjelaskan apa sebabnya dan tidak mahu ambil tahu tentang projek yang diusahakan oleh Rahmat di kampungnya.

5) – Long Nemat – dia adalah seorang Pawang dia juga seorang yang tegas seperti Pak ngah Baki dan dia terlalu mempercayai mistik ini dapat dilihat apabila dia tidak mengubah keputusannya walaupun Rahmat memujuk untuk diberi kebenaran membuat jalan di atas tanahnya, dia juga menetang pebinaan itu atas alasan kepercayaan tahyul.
6) Seman - Dia adalah sahabat yang setia dan suak menolong orang sifatnya ini terlihat apabila dia menyokong Rahmat, Hisyam dan Munirah dalam segala usaha mereka, malah melaporkan segala perkembangan di kampung mereka.

LATAR MASA DAN TEMPAT.
• Pagi
• Petang
• Malam.
• Rumah Rahmat
• Kampung Batu Ragi
• Rumah Long Nemat.

PERSOALAN :
Mengapakah ada segelintir penduduk kampung yang begitu kuat menentang niat baik Rahmat, Hisyam dan munirah untuk membawa kemajuan kepada Kampung Tersebut?

UNSUR:
• Konflik – penentangan yang terpaksa diallui oleh Ramat,Munirah dan Hisyam.
• Mistik – kepercayaan traditional yang diamalakan oleh bebrapa oarng Kampung Batu Ragi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan