Jumaat, 6 Mac 2009

BAB 9 - HISYAM : APABILA PINGITAN MULA MELEPASKAN LINGKARANNYA

DIKAJI OLEH: ABD. HALIM PUTEH (U6-1)

A) SINOPSIS

Sekarang Pak Usu Ujang kembali pulih, dia sudah berani berjalan-jalan ke kedai, masjid dan ke Rumah Rahmat. Usahanya kembali giat, apabila Jalil sekarang telah memeliki sebuah motosikal, dia menunggannya dengan laju dan enjinnya sengaja diraungkan sekuat mungkin, dan sebanyak dua kali dia nyaris-nyaris melanggar seorang kanak-kanak. Namun, orang kampung tidak berani menegurnya kerana beliau anak ketua kampung. Selain itu, Rahmat telah dipuji keranan dia telah membina jalan bagi memudahkan mereka mengenal aiskrim. Sebelum ini banyak kanak-kanak tidak menegertahui aiskrim dan keenakannya. Walaubagaimanapun, Rahmat juga dipersalahkan di atas pembinaan jalan raya. Ini berpunca kanak-kanak sering meminta duit untuk membeli aiskrim dan ada juga diantaranya yang mengalami batukk dan dipersalahkan diatas kebajikannya. Pada masa yang sama, Jalil sering membawa kawan-kawannya seramai empat orang ke Kampong Batu Ragi. Di atas sikapnya itu, Rahmat membuat andaian kemungkinan Jalil adalah seorang penagih dadah semenjak berhubungan dengan kawan-kawannya.

Manakala Munirah sudah mempunyai dua orang musuh iaitu Jalil dan Bidan Tua, sebelum ini Munirah telah menjadi bidan kepada Fatimah yang selamat melahirkan anak. Munirah cuba mendedahkan kepada Fatimah mengenai perubatan moden, namun Bidan Tua itu mengugut meninggalkan Fatimah, jika dia tidak menurut katanya. Bulan depan. Selepas menjual getah, Rahmat merancang mengadakan satu syarikat kerjasama dengan keahlian diberi kepada sesiapa yang ingin memiliki saham. Pak Utih Rahman (Ayah Rahmat) selaku ketua Kampong Batu Ragi telah menceritakan kepada Rahmat dan Hisyam bahwa orang kampung tidak mahu dia menjadi ketua kampung lagi kerana sikap Rahmat, Hisyam dan Munirah. 

B) PERISTIWA PENTING

1. Jalil membeli motosikal.
2. Kanak-kanak membeli aiskirim.
3. Ayat Rahmat iaitu Pak Utih Rahman telah memberitahu kepada Rahmat dan Hisyam bahawa orang kampung semua tidak mahu beliau menjadi ketua kampung lagi.
4. Rahmat telah mengandaiakan bahawa adik tirinya, Jalil kini menjadi seorang penagih dadah.
5. Munirah mempunyai 2 musuh iaitu Jalil dan Bidan Tua.
6. Fatimah berjaya melahirkan anak dengan bantuan Munirah dengan menggunakan perubatan moden.

C) WATAK DAN PERWATAKAN

1. RAHMAT
Rahmat adalah suami kepada Munirah. Beliau adalah aeorang yang banyak bertanggungjawab dalam hal-hal kampung saja.

2. HISYAM
Sebagai sahabat kepada Rahmat dan Munirah. Dia juga turut membantu dalm perkembangan kemajuan kampung.

3. MUNIRAH
Beliau adalah isteri, sebagai Bidan semetara dan juga sebagai wanita perubatan moden yang menagaskan terhadap orang kampung.

4. JALIL
Jalil adalah seorang penangih dadah bersama-sama dengan teman-temannya. Seorang yang suka membuat bising dengan motosikalnya.

5. BIDAN TUA
Seorang yang sudah lanjut umurnya yang menolong kaum isterinya yang bersalin melahirkan anak.

D) LATAR MASA

 
i. Pagi
ii. Petang
iii. Tengah hari
iv. Bulan depan
 

E) LATAR TEMPAT

 
i. Pejabat Daerah
ii. Balai Raya
iii. Masjid
iv. Sekolah
v. Rumah Fatimah
vi. Padang Bola Sepak.
 





F) UNSUR PENTING

i. Unsur Kemajuan Moden. 
Jalil memeliki motosikal yang ditunggangnya di jalan raya yang siap sepenuhnya oleh Rahmat dan penduduk kampung. Ditambah lagi, apabila kanak-kanak itu mengenal dan mengetahui aiskrim. Disamping itu, Munirah menggunakan perubatan moden kepada Fatimah apabila beliau melahirkan anak.


ii. Unsur Negatif.

Unsur ini dapat dilihat apabila Ibubapa menyelahkan Rahmat tentang pembinaan jalan raya yang berpunca kanak-kanak sering meminta duit untuk membeli aiskrim ada juga diantaranya yang mengalami batuk. Bidan Tua membantah dengan perubatan modern yang didedahkan oleh Munirah kepada Fatimah yang selamat melahirkan anak. Ini kerana Munirah telah mengacau hasil mata pencarian Bidan Tua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan