A) SINOPSIS
Di subuh hari Jumaat, Rahmat dan penduduk kampung telah dikejutan dengan satu berita mengenai kebakaran kedai baru mereka bina. Kedai itu menelan belanja lebih kurang dua ratus lima puluh ringgit dicampur dengan tenaga yang tidak dapat dinilai. Mamat adalah orang yang mula-mula menyaksikan kejadian kebakaran tersebut apabila dia hendak membuang air. Pada waktu petang, Munirah menggesak biola manakala Hamilah tumpang menyumbangkan suara. Masita memerhati, mendengar dan tersenyum. Apabila Munirah memainkan irama lagu tudung periuk, Masita pun mula menyanyi. Munirah begitu kagum dengan suara merdu Masita dan dia memuji-muji akan kemerdukan suara Masita. Di waktu malam pula, Rahmat menceritakan kepada Munirah mengenai keindahaan Jeram Panjang dan Jeram Baduh. Mendengar cerita Rahmat, timbul satu minat yang ghairah di sanubari Munirah. Dia hendak membuat kajian terhadap tempat-tampat bersejarah yang baginya tidak patut dibiarkan ditelan zaman. Tiba pagi Hari Ahad berikutnya, Hisyam memberitahu kepada Munirah mengenai surat yang dikirimkan oleh Salwa kepadanya dengan bertulisan jawi yang mengandungi luahan hati iaitu bagaimana perasaan Salwa terhadap Hisyam dan hal kehidupannya semasa masih bersekolah dulu. Dia sangat-sangat berharap Hisyam dapat memberikan jawapan dengan segara. Petang Ahad pula, Rahmat beserta beberapa orang kampung bergotong-royong mendirikan kedai semula. Pembinaannya tidak di atas tapak asal tetapi dibina lebih kurang sepuluh ela jauhnya dari tapak asal yang mana hanya mengambil masa lebih tiga hari. Pada hari berikutnya lagi, Rahmat dan Seman pergi ke Bandar. Seterusnya kisah Jalil dan Rauf yang tidak pulang-pulang menjadi berita hangat. Makcik Saarah merasa risau tentang Jalil. Selepas itu, Kampong Batu Ragi didatangi oleh dua pasukan kerajaan iaitu pentabir daerah bersama dengan pegawai penempatan untuk menyelidiki dan mendaftar jumlah penduduk kampung yang tidak mempunyai tanah manakala pasukan kedua adalah pegawai dari risda.
B) PERISTIWA PENTING
1. Pada subuh Jumaat, Rahmat dan orang-orang kampung telah dikejutkan dengan suatu berita mengenai dengan satu kebakaran kedai baru yang mereka buat. Kedai itu menelan belanja lebih kurang dua ratus lima puluh ringgit. Mamat liat menjadi saksi kejadian kebakaran itu apabila di hendak membuang air.
2. Rahmat menceritakan kepada Munirah mengenai keindahan Jeram Panjang dan Jeram Baduh.
3. Hisyam memberitahu Munirah mengenai surat yang dikirimkan Salwa kepadanya.
4. Rahmat dan beberapa orang kampung bergotong-royong mendirikan kedai semula tetapi bukan di atas tapak asalnya. Sebagaimana yang disyorkan oleh Long Nemat iaitu dibina lebih kurang sepulh ela jauhnya dari tapak asal.
5. Rahmat dan Semab pergi ke Bandar setelah selesai pembinaan semual kedai yang hanya memakan lebih kurang tiga hari lamannya.
6. Kisah Jalil dan Rauf yang tidak pulang ke kampung menjadi berita hangat.
7. Kampong Batu Ragi telah didatangi oleh dua pasukan kerajaan iaitu Pihak Pentabir Daerah bersana dengan Pegawai penempatan untuk menyelidiki dan mendaftar jumlah penduduk kampung yang tidak mempunyai tanah manakala pasukan kedua adalah Pegawai dari Risda.
C) WATAK
1. Rahmat
2. Hisyam
3. Munirah
4. Masita
5. Hamilah
6. Seman
7. Salwa
8. Jalil
9. Rauf
10. Pak Utih Rahman
11. Saarah
12. Lijah
13. Pak Ngah Lasim
14. Tuk Alun
15. Long Nemat
16. Ismail
17. Latif
18. Manaf
D) LATAR TEMPAT
- Kawasan kedai terbakar
- Bandar
- Masjid
- Kedai Seman
E) LATAR MASA
- Subuh Jumaat
- Petang Jumaat
- Malan Jumaat
- Pagi Ahad
- Petang Ahad.
F) UNSUR PENTING
1. UNSUR LAGENDA
Penglima Melayu zaman dulu bernama Tuk Pandita Baduh. Beliau merupakan serang pahlawan yang menahan serangan musuh.
2. UNSUR METOS
Mengenai satu tempat namanya Batu dara. Batu tersebut menyerupai sepasang dara menunggu, yang mana mengisahkan si kakak menunggu tunangnya yang pergi belayar tidak pulang-pulang dan dipercayai begi sesiapa yang melintas tempat itu, tidak boleh berpaling memandang, nanti leher tidak boleh dipusing semula.
3. UNSUR GANJIL
Di sebelah Hulu Batu asahan tersebut terdaat banyak Rotan Siam tumbuh maka disebelahnya hilirnya pulan tidak sebatang pun yang tumbuh. Ianya menjadi misteri dan tidak sesiapa yang tahu orang yang menanamnya hhingga kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan