Jumaat, 6 Mac 2009

BAB 8 - MUNIRAH : JALAN SUDAH DIRINTIS TAPI HATIKU…

DIKAJI OLEH: SITI ZUBAIDAH HAJI ABD. KADIR (U6-6)

SINOPSIS

Sakit Pak Usu Ujang beransur pulih apabila dijampi oleh Pak Alang Dolah. Disamping itu Rahmat berehat selama beberapa hari sebagai tanda hormat terhadap Pak Usu Ujang. Dia kembali meneruskan usahanya dalam pembinaan jalan setelah mendapat keizinan ayahnya. Dalam masa seminggu, dua jambatan telah pun siap dibina dengan pertolongan beberapa orang sukarelawan. Sebulan kemudian, sebatang jalan kayu balak yang berukuran kira-kira dua batu setengah dari kawasan kampong telah pun siap dibina.

Penduduk kampong merasa terpegun apabila melihat Rahmat dan Hisyam menunggang motosikal melalui ‘jalan rakyat’. Perkara ini menyebabkan Jalil dan kuncu-kuncunya merasa cemburu. Pada petang itu, Rahmat pun mengajar Seman tentang cara-cara menunggang motosikal. Setelah itu Seman rebah kerana tidak tahu cara pengunaan brek untuk memberhentikan enjin motosikal itu. Apabila Rahmat dan Hisyam pulang dari dusun mereka dikejutkan dengan berita bahawa Pak Usu Ujang sakit kembali.

Selepas itu, Munirah pun bersiap sedia ke sekolah untuk mengendalikan Kursus mengenai rumah-tangga yang dihadiri oleh kaum wanita Kampung Batu Ragi. Kursus ini mendapat sambutan yang memuaskan sehingga waktu petang, ditambah lagi dengan sesi perbincangan yang diadakan oleh Munirah dengan pertolongan daripada inspirasi ayahnya sendiri dan juga beberapa orang jururawat dari Persatuan Kebangsaan Perancang Keluarga Malaysia.

PERISTIWA PENTING

1. Pak Alang Dolah menjampi Pak Usu Ujang sehingga ia sembuh.
2. Sukarelawan menolong Rahmat dalam pembinaan jalan dan berhasil membina dua buah jambatan.
3. Orang kampong terpegun melihat motorsikal yang ditunggang oleh Rahmat dan Hisyam sehingga menyebabkan Jalil dan kuncu-kuncunya merasa cemburu.
4. Pak Usu Ujang mengalami sakit yang teruk kembali.
5. Munirah mengadakan kursus mengenai rumahtangga.

WATAK

1. Munira. 6. Ayah Rahmat
2. Rahmat. 7. Seman.
3. Hisyam. 8. Jalil dan kuncu-kuncunya.
4. Pak Usu Ujang. 9. Masita.
5. Pak Alang Dolah. 10. Orang Kampung.

PERWATAKAN

1. Rahmat.
Dia adalah suami kepada Munirah yang juga merupakan seorang yang cekal dan gigih dalam memajukan Kampung Batu Ragi dan meninggikan taraf orang kampung. Dia juga telah mengajar Seman menunggang motosikal.

2. Munirah.
Perempuan ini merupakan isteri kepada Rahmat yang menjadi guru bagi kursus rumahtangga dalam menasihati orang kampung.

3. Hisyam.
Hisyam ialah sahabat kepada Rahmat dan juga membantu memajukan Kampung Batu Ragi.

4. Pak Usu Ujang.
Beliau merupakan orang kampung yang turut memberi semangat dalam bergotong- royong dalam memajukan kampung Batu Ragi. Beliau ditimpa kemalangan ketika pembinaan jalan.

5. Pak Alang Dolah.
Alang Dolah ini adalah seorang dukun di Kampung Batu Ragi. Dia telah menjampi Pak Usu Ujang yang tidak sedarkan diri.

6. Seman.
Dia adalah kawan kepada Rahmat yang gigih menolong kerja-kerja di kampung itu. Dalam bab ini dia mempelajari cara-cara menunggang motosikal dari Rahmat dan sempat gugur kerana tidak dapat mengendalikan brek.

7. Masita.
Masita merupakan adik kepada Rahmat dan juga tunang kepada Azlan. Dia sangat rajin dalam bab masak-memasak.

LATAR MASA

1. Pada pagi sabtu.
2. Semasa tengah hari.
3. Selepas sembahyang zohor.
4. Pada Lewat petang sabtu.

LATAR TEMPAT

1. Kampung Batu Ragi.
2. Kedai.
3. Serambi rumah.
4. Hutan dan belukar.
5. ‘Jalan rakyat.’
6. Dusun durian.
7. Dapur.
8. Bilik Rahmat dan Munirah.
9. Bangunan sekolah
10. Perkarangan rumah.

UNSUR PENTING

UNSUR KEKELUARGAAN
Unsur yang baik ini dapat dilihat apabila sekumpulan sukarelawan bergotong-royong dalam sama-sama membina jalan dan jambatan di Kampung Batu Ragi. Di samping itu, unsur kekeluargaan ini juga dapat kita ketauhi apabila Munirah mengadakan kursus mengenai rumahtangga dengan kaum wanita di Kampung Batu Ragi.

UNSUR KEMAJUAN
Kemajuan ini dapat dibuktikan apabila projek pembinaan jalan dan jambatan di kampung tersebut dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Sedikit demi sedikit orang kampung dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

UNSUR KECEMBURUAN.
Ia adalah unsur negatif yang ada pada diri Jalil dan kuncu-kuncunya setelah melihat Rahmat dan Hisyam menunggang motorsikal buat pertama kalinya di Kampung Batu Ragi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan